Selasa, 1 Mac 2011

~Hari Ini~~

Bismillah walhamdulillah...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah masih ade kesempatan nak update blog y dah bersawang n beranak pinak dgn segala jenis spiderman n spiderwoman... insyAllah post kali ni tidak berat. bleh di klasifikasikan sebagai saja2.tapi ana sedaya upaya meniatkan segalanya kerana Allah agar setiap bait kata y ana lontarkan disini ada modalnya di akhirat sana. itu lah istimewanya menjadi org islam.walau sekecil2 perbuatan sekalipun akan dikira sama ada pahala atau dosa.waiman sekecil2 perbuatan pun boleh dikira ibadat jika niatnya kerana Allah.. mesti familiarkan dgn hadis innamal'amalu binniat...ila akhir hadis... sesungguhnya setiap perbuatan itu dgn niat...

di saat ini perasaan dilanda sedikit resah... lantaran banyak perkara y terbengkalai dan di serang angin malas sekali sekala...huhu.diri dikejar dgn dateline2 y mmbawa kepada tekanan perasaan.Allahuakbar,dunia memang melelahkan... tapi cuma org y beriman dan bertaqwa je dapat handle dunia ni dgn baik. maka selalulah doa supaya Allah letakkan akhirat itu sentiasa dihati kita dan dunia itu ditangan kita.. supaya kita mampu utk membahagi2kannya. Ya Allah, hati ini tidak mampu utk mengumpul dua cinta dalam 1 hati, kuharap hanya cintaMU y subur mekar dalam hati ini dan jauhkan hatiku dari dimasuki bangkai dunia.... amin ya Rob..

Kadang2 ana rasa seakan hilang tujuan atau arah hidup di atas muka bumi ni,nauzubillahiminzalik.. bukan maksud ana,ana lupa terus, ana ingat kita hidup atas muka bumi ni ade 2 tujuan n tanggungjawab, pertama,sebagai hamba dan kedua sebagai khalifah aw daie. tapi bila hidup di universiti ni, dimana kadang2 ana sendiri terikut dan termasuk dalam sistem y manusia sediakan ni.terkeluar dari sistem Allah. maksud ana macam ni, insyAllah niat belajar kerana Allah, kemudian ada test dan tugasan2 laen dan sebagainya.ana xnafikan perkara itu baik utk menilai sejauh mana pemahaman kita terhadap sesuatu ilmu. ape y ana maksudkan,'ana msuk dalam sistem' ialah bilamana ana rasa kecewa bila ana xperform dgn baik dalam test or presentation. pendirian ana dalam perkara ini, ape y kita usaha itulah y kita dapat. andainya Allah masih berikan kepada kita keputusan y teruk juga, itu adalah ujian y mana Allah nak uji sejauh mana pengharapan dan pergantungan kita kepada Allah. barulah terrealisasi umgkapan belajar kerana Allah itu. INGAT!iman perlukan pembuktian. tapi ana sebagai manusia y lemah,kadang xdapat hindar dr rasa kecewa...duhai hati, sabarlah,sesungguhnya Allah masih sudi bersamamu. CGPA y baik belum tentu mampu mambantu kita menjawab soalan2 Allah di akhirat nanti dan belum tentu laku di hadapan Allah nanti,selagimana tiada pengamalan pada ilmu itu... Ingat! akhirat sentiasa di hati dan sentiasa di hadapan...

Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja’ (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada ‘musabbabil asbab’ (Penyebab segala sebab) – wajah MU ya Allah. -ustaz pahrol.

InsyAllah kata2 motivasi dr ustaz pahrol.

lagi satu pesan seorang ustazah, beliau akan rasa terangkat beban dibahu apabila mengenangkan ungkapan, "TIDAK AKU MELIHAT SESUATU KEJADIAN Y BERLAKU ITU SAMADA BAIK ATAU BURUK MELAINKAN AKU MELIHAT ALLAH DIBALIK SEMUA INI". ingat!Allah xpernah menjadikan sesuatu itu sia2 waiman perkara itu buruk pada pandangan mata kita.oleh itu nikmat tuhanmu y manakah ingin kau dustakan!!.

herm kadang2 kita ingat kita ni dah master sangat bab ujian kan,sehingga kan kalu ade kuliah bab ujian ni, bukan awlawiyat kita nak gi la berbanding kuliah ilmu y laen macam tasawwur islam,tauhid dan sebagainya y lebih kritikal sebab kadang2 kite rasa dah faham hakikat ujian itu. tapi bila datang bab praktikalnya and bila ujian itu datang melanda baru rasa macam nak terduduk. hati ini perlu latihan teman.... jika ia tidak dilatih utk tenang saat ujian melanda, maka bila saatnya ujian benar2 hadir, hati y biasa dah xdapat adapt.. biasakan hati dgn peringatan2 tentang ujian agar hati kita benar2 hadam hakikat ujian. bila hati ingat hakikat ujian itu boleh datang kepada siapa saja dalam waktu y xterjangka,maka ia sudah siap utk menerimanya.mungkin ada sedikit resah, biasalah hati kita hati manusia bukan hati malaikat, namun masih lagi mampu bernafas.ingat!! Allah datangkan masalah berserta penyelesaiannya sekali. kalu tidak dimana kesempurnaan Allah itu kan??..

wallahua'alam...

herm baru2 ni terkejut bila dapat tau lagi seorang sahabat smssi ana telah selamat melangsungkan perkahwinannya. kira y ni y ke2 la.ape y ana hairan, kedua2 sahabat y dah kawen ni kecik2 je orgnya. oh kadang2 betapa ana terlupa usia sudah meningkat 23 tahun. macam dah dewasa kan?? hehe.hakikatnya pemikiran masih seperti dulu.xdak perubahan pun perangai. macamnalah sahabat2 ana itu begitu nekad utk melangsungkan perkahwinan di saat2 ini. masih didalam tahun pengajian di universiti. Ya Allah beri kekuatan kat seseorang tu berbeza mengikut kondisi diri hamba itu. Ana?? tentu sekali punya impian sebegitu. hanya doa y kutitipkan buat sang pencipta agar saat itu hadir dalam diriku, diwaktu y tepat, dalam keadaan y tepat dan juga insan y paling tepat utk diriku..... jika bukan didunia, moga di akhirat ada utkku....

sabarlah menunggu,kekasih kan datang menjemput hatimu, sabarlah menanti, kekasih kan datang sesuai dgn iman di hati...jika didunia ia tiada moga di syurga ia sudi menanti...-menunggu di sayup rindu by Dmaidany.

wallahua'alam.....

0 cadangan:

Catat Ulasan