Rabu, 30 Mac 2011

Bismillah walhamdulillah....

Assalamualaikum wbt....

sengaja tidak memberi tajuk pada post kali ini sebab dah kekeringan idea nak letak tajuk ape tapi nak menulis kat blog ni. in one side, this blog can also be my diary. i'll write something happen that change my view or change my attitude as well. ceh dah mula nak speaking plak lepas finishing school minggu lepas..hermmm biarkanlah ana begini. sehingga 1 waktu pasti akan meluat utk menulis dalam bahasa inggeris.but for now, i'll enjoy writing in english.

yesterday was a day that was really make my day..huhu.guess what? after that incident yesterday, i know what was my weaknesses. and thanks to that person that succesfully broke my tears... for me, who is wrong and right didn't matter, but i knew that i should not do like that yesterday, although it was not fully my fault. what i learnt yesterday was "DARE TO MAKE A MISTAKE" then u will feel something. i know that feeling wasn't a good feeling but dare to make mistake will make u become someone. someone brave. ok i knew i had done a mistake and already being scold by THAT PERSON. but i still "kuatkan" mysellf to face that person and ask for forgiveness. yeah at first she asking me angrily but after that her voice was slowing down and start to forgive me. that a relieve right? what i notice after that incident i notice that how much fault that i had done before this but never being scold by anyone. thats is the main cause why i reallt scared to face my supervisor. he is a fierce person that me can not stand for a long time to see him. (or it's only in my mind??)i really scared being scold by anyone. i'll will definitely cry after being scold. but yesterday, i noticed that being scold after make a mistake was not tooooo bad... compared when you keep on going with that mistake. its better being scold by someone to keep you in track. =))

Ahad, 27 Mac 2011

~Strong!!.

Bismillah walhamdulilah...

Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah,, selama 2 hari berperang dgn perasaan utk menghadiri finishing school, hari ini hari terakhir... Alhamdulillah walaupun ana pergi pada hari pertamanya kerana terpaksa, (sebab ana banyak kerja plus asignment, thesis y xsiap, experiment y xsiap,slide persentatation xtengok lahi, xprepare utk slide seminar).. all those things make me become a little bit lazy or heavy to not to go for that finishing school that was located just behind my house at kompleks akedemik A. for the first day i had been there, i was really stressed surrounding by friends that more talented in speaking english very well and also friends that can give a very good ideas, friends that can do a very interesting presentation without feeling nervous. how much i jealous with them... it's not like i don't feel grateful for become as who i am know, it just that how i wish to have some additional values in myself like them. but only 1 little thing that my friend always told me, "mas, u need to be what u are, do expect or compare urself with others. i will make u feel stress and feel like nothing about urself. if u urself not appreaciate for what u have, who do u think that will appreaciate u more??" love urself mas." ya, i always remember that thing. i do not need to compare myself with them. i believe that people in this world come from various background and characteristics... so that it's not fair to compare like that. i came from a family that does not speak english all the time, an hence my parents speak Javanese at home. so it's that my fault not be good in english. NO, thats not my fault. i'm not taking degree in english comunication... so, do i deserve to be weak in english? Yes, i deserve because english is really not my field. and futhermore, in this country called malaysia, people always talk in malay, not really practising english as their mother tongue language. as a conclusion, i'm not denying that english is very a very important nowadays in this really stressfull world. i do agree if someone said that english is important for us to find a job because maybe people out there have make english as no 1 language in this world. but still i do not blame myself for being weak in this language. BUT, i do need to improve myself in term of adding some value into myself.

Actuaaly for the first day, i really didn't like to be there. but after i get home and ask for Allah help, the next day was a quiet good day for me. as during presentation i didn't slip my tongue to say her rather than him for a male.haha.

thats all i want to share, sorry for my broken english... i do not ashamed for speaking english with broken grammar. as it is not mother tongue. so what??? hehe..

wassalam...=))

Rabu, 16 Mac 2011

~ukhwah~~

bismillahwalhamdulillah...

salam'alaik...

ukhwah... bukanlah tujuan ana kali ini utk menerangkan kepada antum2 semua apa makna ukhwah....sekadar sembang2 bermakna sahaja berkenaan ukhwah ini. ya, y paling utama ia berkisar tentang pandangan sisi dan pengalaman ana... ana xtahu ape org laen pandang tentang perkara ini. sejujurnya ana sendiri terasa masih gagal utk memaknai sebuah ukhwah itu... adakah sekadar mengucap ana uhibbuki fillah sudah dianggap memaknai ukhwah?? TIDAK. ia lebih dari itu dan ana masih lagi belum sempurna menyempurnakannya. serendah2 ukhwah ialah berlapang dada. cuba antum bayangkan, 2 baru level paling rendah ukhwah.. berlapang dada. hati ni sahabat2 sekalian amat sukar kita jangka.kadang2 ia xkisah tapi di suatu keadaan y lain asyik2 nak terasa je. bagi ana ia amat susah.bukan mudah nak melatih diri utk berlapang dada dgn tindakan org laen y kita rasa xsesuai dgn kita terutama dalam gerak kerja ape2. bertelagah pendapat biasa, malah kadang2 ia adalah rahmat.namun sejauh mana kita berlapang dada dgn sahabat saat pendapat kita ditolak??sukar bukan.ya sukar tapi xmustahil. lagi 1 nak berlapang dada bab teguran. bilamana sahabat2 kita tegur tentang kesalahan y mungkin kita xsedar atau pun sedar tapi saja xnak ubah.sahabat y baik akn tegur sahabat 2 sebab xnak org laen mengata kat sahabat ni sebab buat kesalahan 2. kita ni selaku y menerima teguran,sejauh mana nak berlapang dada dgn teguran walaupun tau diri salah.ana pun bercakap tentang diri ana. mula2 kene tegur memang berasap telinga, panasnya hati tuhan sahaja y tahu. "mas, meja ni jangn sepah2kan lagi tau.sy dah kemaskan." "mas, jangan malas2 nak masak" "mas,mas ni akak tengok banyak tido la"..teguran2 sebegini memang buat rasa diri xtenang.huhu..sebab rasa macam buat salah besar je.tapi itulah sahabat y baik. tegur sekarang supaya ana lebih tau urus diri. teguran 2 sebenarnya dari Allah,sebagai salah satu wasilah utk ana terus baiki diri. Ya ana sedar dan akur. keadaan rumah ana jadi semakin panas apabila kami mengambil keputusan utk membuat kerusi panas pada setiap hujung minggu lepas subuh. konsepnya begini,setiap minggu akan dipilih seorang utk duduk di kerusi panas. org ini akan dikritik dgn sepedas2nya tentang kelemahan2. objektifnya tidak lain, kerana Allah.kerana sayang sahabat.kerana nak tengok sahabat jadi lebih baek.giliran ana belum sampai lagi. takut n cuak juga tapi kene redha.huhu.

level seterusnya ialah melebihkan sahabat dari diri sendiri. cube bayangkan, sanggup kita ke nak bagi kat sahabat kita ni air bilamana kita sendiri xminum selama beberapa hari? tepuk dada tanya level mana iman kita? xramai y sanggup berkorban utk sahabat. terkenang banyak contoh2 dari zaman rasulullah dulu y mana mereka sanggup mati utk sahabat2 mereka.membuatkan kita insaf.

sekian dulu. muhasabah ukhwah diri sendiri dgn sahabat2........... jauhnya nak capai tahap y paling rendah 2. I_I

Jumaat, 4 Mac 2011

~untukmu wahai pejuang~~


Didedikasikan warkah bisu ini buat diri-diri yang bergelar pejuang, walau di medan mana antum berada, walau ape jua y antum pejuangkan utk kebaikan, antum tetap seorang PEJUANG..............




Pejuang.

Hidupmu dengan cabaran memang kembar yang takkan mampu dipisahkan. Kamu dengan dugaan adalah satu yang takkan mampu dipecahkan.

Maka jangan kamu menangis hiba. Jangan kamu tunduk mencuka.

Memang manusia-manusia tidak akan memahami kamu. Bahkan mereka kan sentiasa membebankanmu.

Maka jangan kamu meminta kepada mereka.

Aku disisimu, hendak menceritakan sesuatu.

Syyyhh… jangan menangis.

Seka air matamu wahai pejuang.


Lumrah pejuang

Apakah kau tahu lumrah pejuang?

Tidak dapat tidak, dua perkara daripadanya tidak akan terpisah.

Cabaran dan pengorbanan.

Kau diminta untuk memahami, tanpa kau perlu difahami. Kau diminta memberi, tanpa kau perlu memberi. Kau menongkah cabaran itu dan ini, tetapi kau tetap perlu mengorbankan itu dan ini. Kau ke mana sahaja wahai pejuang, pergilah ke mana sekalipun, selagi kau berjuang dan menjadi pejuang, kau memang akan menghadapi cabaran, dan kau perlu berkorban.

Kau akan kepenatan, kau akan keletihan, kau akan rasa kelaparan dan kedahagaan. Lorong-lorong cabaran, dan pengorbanan- pengorbanan yang kau lakukan, menghasilkan satu tekanan yang besar walaupun di wajahmu terpampang senyuman.

“…mereka ditimpa dengan kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan pelbagai cubaan)…” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Orang lain tak akan memahami. Dan tiada antara mereka yang mahu memahami.

Lumrah kau di atas jalan perjuangan ini.

Sampai satu tahap kau rasa sendiri. Timbul rasa benci. Tambah rasa sakit hati.

Betapa kau lihat manusia-manusia lain begitu jelek dengan perangai mereka.

Sungguh, mereka meminta kau memahami, tetapi kau langsung tidak difahami mereka.

Kau sedih? Kau rasa sudah mencium limitasi?

Ya, aku memahami. Inilah dia lumrah kau wahai pejuang.

Tetapi jangan fikir engkau terbuang.

Syyyh… jangan menangis. Seka air matamu.

Dia ada untukmu.

Dia

Manusia lain terbatas dalam mengenalimu. Mereka hanya satu beberapa juzu’ kehidupanmu dan berkata ini dan itu. Kau lakukanlah apa sahaja, mereka tetap tidak akan memahamimu. Ya, aku mengerti itu.

Tetapi Dia ini istimewa. Dia tahu segala. Dia faham kau serbi serba. Tahukah kau betapa Dia melimpahkan untuk kau cinta? Dia sentiasa rapat bersama, tidak pernah meminggir walau seketika.

Syyyhhh… jangan menangis. Seka air matamu.

Benar Dia tidak akan berbicara denganmu secara terus. Tetapi pernahkah kau melihat kalamNya yang mampu kau pegang dan baca itu?

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku amat dekat…” Surah Al-Baqarah ayat 186.

Dan ketahuilah dikau bahawa utusanNya itu pernah bersabda:

“…sekiranya mereka itu berkumpul untuk memberikan mudarat kepadamu, maka mereka itu tidak akan mampu memudaratkan kamu walau dengan apa pun kecuali dengan apa yang telah ditetapkanNya ke atas kamu” Hadith riwayat Tirmidzi, hadith ke 19 di dalam hadith 40 An-Nawawi.

Seka air matamu.

Dia ada di sisimu. Sangat dekat. Menjagamu. Memahamimu.

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat nadinya” Surah Qaaf ayat 16.

Aaah… Jangan menangis. Seka air matamu pejuang.

Dia menjagamu. Menjagamu.

Merapatlah

Pejuang, seka air matamu itu.

Dia tidak sekadar bersamamu, bahkan memberikan segala pertolongan yang kau mahu. Pejuang, jangan kau meminta kepada selainNya. Pintalah kepada Dia dan Dia sahaja.

Jangan kau minta manusia memahamimu. Jangan kau minta manusia menghargaimu.

Mereka tidak akan memberikannya sehingga puas hatimu. Kerana mereka dengan hidup mereka, dan mereka bukannya kamu. Mereka juga menagih pemerhatian orang lain dan mengharapkan yang lain menuruti kepuasan mereka. Yang tidak mempunyai apa-apa, memang tak akan mampu memberikan kau apa-apa.

Tetapi Dia punya segalanya.

Dia menawarkanmu sesuatu yang takkan dapat ditawarkan sesiapa.

“Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adn. Itulah dia kemenangan yang besar.” Surah As-Saff ayat 12.

Maka bersabarlah. Seka air matamu. Pastinya kau akan berjaya.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” Surah Al-Baqarah ayat 155-157.

Dan Dia bukan penipu.

“Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Surah Ar-Ruum ayat 5-6.

Maka seka air matamu pejuang. Hentikan hinggutan bahumu.

Merapatlah kepadaNya. Sungguh Dia akan membantumu.

“Dan berkatalah Rabb kamu: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku makbulkan” Surah Ghaafir ayat 60.

“Sekiranya kamu membantu urusan Allah, maka Allah akan membantu kamu(dalam urusan kamu) dan menguatkan pula kaki-kakimu” Surah Muhammad ayat 7.

“Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka kau akan melihat Dia berada di hadapanmu(menjagamu ), sekiranya kau hendak meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan sekiranya kau hendak meminta bantuan, mintalah bantuan Allah…” Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith 19 dari Hadith 40 riwayat An-Nawawi.

Seka air matamu. Gerakkan dirimu.

Sungguh, yang paling memahamimu adalah Dia.

Selainnya tiada.

Penutup: Seka air matamu pejuang

Sudahlah. Hentikan tangismu.

Bersihkan kembali niatmu. Bergerak ke arahNya. Bukan bergerak ke arah selainNya. Dia yang hendak menilai, dan memberikanmu segala. Dia yang bersamamu dan memahamimu setiap ketika.

Jangan menangis ya?

Manusia bukannya memahamimu. Letih sahaja kau merajuk.

Jangan risau. Pengorbananmu berbalas. Rajukmu didengar.

Tidakkah kau merasa, Dia sedang memujukmu kala kau lara?

Tersenyumlah. Bangun.

Teruskan perjuangan.

Selesaikan tanggungjawabmu kepada sekalian insan.

Manakala mereka kepadamu, serahkan kepadaNya untuk diuruskan.

Seka air matamu wahai pejuang. Bukan kau bergerak dengan hitungan manusia. Bukan kau hidup untuk memenuhi kehendak mereka!

ihsan dari blog tundukkan hati...

Selasa, 1 Mac 2011

~Hari Ini~~

Bismillah walhamdulillah...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah masih ade kesempatan nak update blog y dah bersawang n beranak pinak dgn segala jenis spiderman n spiderwoman... insyAllah post kali ni tidak berat. bleh di klasifikasikan sebagai saja2.tapi ana sedaya upaya meniatkan segalanya kerana Allah agar setiap bait kata y ana lontarkan disini ada modalnya di akhirat sana. itu lah istimewanya menjadi org islam.walau sekecil2 perbuatan sekalipun akan dikira sama ada pahala atau dosa.waiman sekecil2 perbuatan pun boleh dikira ibadat jika niatnya kerana Allah.. mesti familiarkan dgn hadis innamal'amalu binniat...ila akhir hadis... sesungguhnya setiap perbuatan itu dgn niat...

di saat ini perasaan dilanda sedikit resah... lantaran banyak perkara y terbengkalai dan di serang angin malas sekali sekala...huhu.diri dikejar dgn dateline2 y mmbawa kepada tekanan perasaan.Allahuakbar,dunia memang melelahkan... tapi cuma org y beriman dan bertaqwa je dapat handle dunia ni dgn baik. maka selalulah doa supaya Allah letakkan akhirat itu sentiasa dihati kita dan dunia itu ditangan kita.. supaya kita mampu utk membahagi2kannya. Ya Allah, hati ini tidak mampu utk mengumpul dua cinta dalam 1 hati, kuharap hanya cintaMU y subur mekar dalam hati ini dan jauhkan hatiku dari dimasuki bangkai dunia.... amin ya Rob..

Kadang2 ana rasa seakan hilang tujuan atau arah hidup di atas muka bumi ni,nauzubillahiminzalik.. bukan maksud ana,ana lupa terus, ana ingat kita hidup atas muka bumi ni ade 2 tujuan n tanggungjawab, pertama,sebagai hamba dan kedua sebagai khalifah aw daie. tapi bila hidup di universiti ni, dimana kadang2 ana sendiri terikut dan termasuk dalam sistem y manusia sediakan ni.terkeluar dari sistem Allah. maksud ana macam ni, insyAllah niat belajar kerana Allah, kemudian ada test dan tugasan2 laen dan sebagainya.ana xnafikan perkara itu baik utk menilai sejauh mana pemahaman kita terhadap sesuatu ilmu. ape y ana maksudkan,'ana msuk dalam sistem' ialah bilamana ana rasa kecewa bila ana xperform dgn baik dalam test or presentation. pendirian ana dalam perkara ini, ape y kita usaha itulah y kita dapat. andainya Allah masih berikan kepada kita keputusan y teruk juga, itu adalah ujian y mana Allah nak uji sejauh mana pengharapan dan pergantungan kita kepada Allah. barulah terrealisasi umgkapan belajar kerana Allah itu. INGAT!iman perlukan pembuktian. tapi ana sebagai manusia y lemah,kadang xdapat hindar dr rasa kecewa...duhai hati, sabarlah,sesungguhnya Allah masih sudi bersamamu. CGPA y baik belum tentu mampu mambantu kita menjawab soalan2 Allah di akhirat nanti dan belum tentu laku di hadapan Allah nanti,selagimana tiada pengamalan pada ilmu itu... Ingat! akhirat sentiasa di hati dan sentiasa di hadapan...

Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja’ (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada ‘musabbabil asbab’ (Penyebab segala sebab) – wajah MU ya Allah. -ustaz pahrol.

InsyAllah kata2 motivasi dr ustaz pahrol.

lagi satu pesan seorang ustazah, beliau akan rasa terangkat beban dibahu apabila mengenangkan ungkapan, "TIDAK AKU MELIHAT SESUATU KEJADIAN Y BERLAKU ITU SAMADA BAIK ATAU BURUK MELAINKAN AKU MELIHAT ALLAH DIBALIK SEMUA INI". ingat!Allah xpernah menjadikan sesuatu itu sia2 waiman perkara itu buruk pada pandangan mata kita.oleh itu nikmat tuhanmu y manakah ingin kau dustakan!!.

herm kadang2 kita ingat kita ni dah master sangat bab ujian kan,sehingga kan kalu ade kuliah bab ujian ni, bukan awlawiyat kita nak gi la berbanding kuliah ilmu y laen macam tasawwur islam,tauhid dan sebagainya y lebih kritikal sebab kadang2 kite rasa dah faham hakikat ujian itu. tapi bila datang bab praktikalnya and bila ujian itu datang melanda baru rasa macam nak terduduk. hati ini perlu latihan teman.... jika ia tidak dilatih utk tenang saat ujian melanda, maka bila saatnya ujian benar2 hadir, hati y biasa dah xdapat adapt.. biasakan hati dgn peringatan2 tentang ujian agar hati kita benar2 hadam hakikat ujian. bila hati ingat hakikat ujian itu boleh datang kepada siapa saja dalam waktu y xterjangka,maka ia sudah siap utk menerimanya.mungkin ada sedikit resah, biasalah hati kita hati manusia bukan hati malaikat, namun masih lagi mampu bernafas.ingat!! Allah datangkan masalah berserta penyelesaiannya sekali. kalu tidak dimana kesempurnaan Allah itu kan??..

wallahua'alam...

herm baru2 ni terkejut bila dapat tau lagi seorang sahabat smssi ana telah selamat melangsungkan perkahwinannya. kira y ni y ke2 la.ape y ana hairan, kedua2 sahabat y dah kawen ni kecik2 je orgnya. oh kadang2 betapa ana terlupa usia sudah meningkat 23 tahun. macam dah dewasa kan?? hehe.hakikatnya pemikiran masih seperti dulu.xdak perubahan pun perangai. macamnalah sahabat2 ana itu begitu nekad utk melangsungkan perkahwinan di saat2 ini. masih didalam tahun pengajian di universiti. Ya Allah beri kekuatan kat seseorang tu berbeza mengikut kondisi diri hamba itu. Ana?? tentu sekali punya impian sebegitu. hanya doa y kutitipkan buat sang pencipta agar saat itu hadir dalam diriku, diwaktu y tepat, dalam keadaan y tepat dan juga insan y paling tepat utk diriku..... jika bukan didunia, moga di akhirat ada utkku....

sabarlah menunggu,kekasih kan datang menjemput hatimu, sabarlah menanti, kekasih kan datang sesuai dgn iman di hati...jika didunia ia tiada moga di syurga ia sudi menanti...-menunggu di sayup rindu by Dmaidany.

wallahua'alam.....