Jumaat, 31 Disember 2010

XPDC dakwah GAMIS (1.1.2011)

Suasana sambutan di depan klcc



antara sebahagian mad'u y sudi mendengar

saudara ahmad syazwan memberi sedikit taujihad sebelum xpdc

rebat dan laungan kate2 taujihad
takbir!! Allahuakbar!!!

saudara syazwan (Presiden GAMIS) ditemual oleh pemberita

pembahagian kumpulan dan kelihatan mereka serius mmbincangkan strategi y bakal digunakan utk mendekati mad'u

sebahagian muslimat y turun padang




saudara ridhuan (pengerusi majlis dakwah dan kebajikan GAMIS) memberi sedikit tazkirah

Bismillah walhamdulillah....

assalamualaikum wbt...

pertama dan selamanya ana nak merafakkan setinggi2 kesyukuran kpd Allah swt... sebab masih diberi peluang utk kongsi pengalaman berharga semalam y baru shj ana lalui. berkobar2 nak tulis dalam blog ni...huhu..

maka semalam dgn izinNya berlangsung xpdc dakwah under GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia) di KLCC... byk pengalamna berharga y ana kire suatu perkara y baru buat diri analah.. walaupun sebelum ni pernah juga join xpdc dakwah di kampus upm tapi xsehebat macam di klcc semalam.. ni kali pertama ana sempat join.. tahun2 sebelum ni xsempat join..huhu.

perjalanan kami bermula selepas maghrib ke klcc. banyak jalan y ditutup semalam dan kelihatana polis trafiq dan FRU menanti di jalan2 utama. mungkin utk berjaga2 dgn sebarang kejadian y tidak diingini sempena tahun baru ni...kebanyakan warga kota lumpur ni juga sudah bersiap siaga utk menyambut tahun baru dgn pelbagai gaya dan ragam. kami tersesat juga sikit2 y menyebabkan kami lewat sampai ke masjid as-syakirin klcc. kota lumpur kelihatan sungguh sesak dgn kenderaan persendirian dan kenderaan awam malah xkurang juga sesak dgn para pejalan kaki. kami insan y kerdil dgn menaiki moto agak kaget menghadapi kesesakkan2 tersebut..huhu. tapi y bestnya ana suke tgk keindahan malam di langit luas...dgn chaya lampu berwarna-warni...masyaAllah..cantik2..berdebar2 juga utk menyertai xpdc kali ni..huhu.perjalanan diteruskan.

Akhirnya kami smpai di klcc pada pukul 9 lebih (malam), wawah.. ramai y teramat manusia pelbagai bangsa n peringkat usia y berkumpul di depan klcc. teruja sngat nak tengok bunga api gamaknya. y ana paling xbleh tahan, ade jual2 kat tepi jalan.. 2 ok lah lagi.biasalah jual2 kan... tapi 1 benda alah y depa dok jual ni, benda kelip2 y macam tanduk syaitan.cune antum imagine tanduk syaitan 2,siap kaler merah. org y dok pakai 2 rasa bangga je nak ana tengok die pakai. bangga ke serupa dgn syaitan.?? wallua'alam... mungkin sekadar nak berseronok tapi ana tak melihat perkara ni sekadar utk berseronok.. ana memikirkan tentang dakyah yahudi y semakin tersebar luas di kalangan rakyat malaysia, y islam khususnya,,,,

di sepanjang perjalanan kaki kami ke masjid assyakirin bnyk jual2lan di tepi jalan... huhu... bertempat di masjid assyakirin, diadakan 1 forum berkenaan tahun baru.tapi ana xsempat nak catit ape2 sebab dah lah sampai agak lewat, lalu kami bergegas utk solat isyak... seusai solat kami (ahli xpdc GAMIS) di arahkan berkumpul ditingkat 2 masjid. ana rasa bangga dan bersyukur kerana ramai ahli y dapat beri komitmen utk turun pada malam itu.. lebih 600 org. kami dibahagikan kepada 20 kumpulan. satu kumpulan mengandungi lebih kurang dalam 20 lebih ahli. campur muslimin muslimat utk tujuan keselamatan. kami diberi sedikit taklimat dan tazkirah berkenaan dgn uslub dakwah y boleh dilakukan pada malam itu oleh ust ridhuan (majlis dakwah gamis). antaranya:

1)membetulkan niat - utk berdakwah kerana Allah. supaya dipermudahkan urusan

2) mengekalkan berwudhuk - utk menyerlahkan wajah y bercahaya agar mad'u rasa sedang dgn kehadiran kira.

3) melazimi zikir Ya Latiff (Yang Maha Halus) - utk melembutkan hati para mad'u supaya mudah mendengar segala ape y kita sampaikan.

4) membaca surah al-Insyirah.

Ana, k.nisak dan k.nur, ditempatkan dalam 1 kumpulan bersama sahabat2 dari uia,ukm bangi dan k.l dan juga sahabt2 DQ (darul quran). kami di ketuai oleh muslimin dari ukm kesemuanya. terima kasih kepada k.nisak (selaku timbalan dalm kumpulan kami) dan ustaz waliyuddin bahza (ketua kumpulan kami) kerana telah bersusah payah menjaga kami...

maka xpdc dimulakan di sekitar kawasan klcc. sebelum itu ana sempat menyaksikan pertunjukan bunga api tepat pada jam 12 malam. ana berfikir sejenak apalah y dinanti2kan snagat dgn pertunjukan bunga api ni kan? dah serupa dgn bunyi bom masa perang ana rasa. tapi xtaulah mungkin pada mereka y merasa seronok mendengar bunyi itu adalah sebangai tanda bermulanya tahun baru dalam hidup mereka. wallu'alam... alangkah indahnya mereka sedar bahawa tahun kita umat islam bermula pada munculnya 1 muharram tahun hijrah. y mana banyak ibrah y boleh diambil melalui hijarah itu sendiri berbanding meraikan tahun baru masihi. 1 january, sampai bila agaknya kita mahu mengagungkan budaya barat ini??dahlah kita dijajah dari pelbagai segi... maka kita akan kalah dan kalah dgn permainan saraf y mereka mainkan tanpa kite sendari...melihat mereka y asyik dan seronok berpesta, ana merasa sedih dan terkilan,, ayuhai anak2 adam..umat2 nabi Muhammad,,, inikah gayanya kamu semua mmbalas pengorbanan Rasullah y disaat wafatnya baginda nama 'umati,umati,umati' y selalu menghiasi bibir baginda lantaran keriasauan y teramat sangat dgn umat y bakal ditinggalkan... inikan balasannya?? xmalukan kita nati nak berjumpa dgn Nabi Muhammad utk meminta syafaat baginda di padang masyar nati jika di saat ini sunah baginda sudah kita bakul smapahkan??? AllahuAkbar..

xpdc kami bermula di sekitar klcc, dgn edaran flyers berkenaan gejala sosial dan aurat.. berjalan lancar disekitar klcc,dan para mad'u berminat mendengar ape y kami smapaikan... perjalanan konvoi jalan kaki kami diteruskan menghala ke bukit bintang. disepanjang perjalanan itu ana dapat merasakan bermacam2 perasaan antaranya takut, terkejut dan perasaan2 xenak y laennya... bayangkan kami lalu kat kelab malam.kebetulan kawasan menghala kebukit bintang itu adalan kawasan kelam malam dan pub2... dgn alunan muzik y menyakitkan telinga dan dan kepala, ana terfikir depa semua y dok serabut dalam 2 xrasa pening dan sakit kepala ke dgr muzik macam 2.dgn lampu2 y ntah ape2.asap2 lagi.betul2 macam kat dlam tv 2.... ade 1 adegan y ana dpat lihat di sebuah kelab malam ni, seorang pemuda melayu diheret keluar oleh penjaga pub sebab dah xsedarkan diri..ni kire kategori mabuk tahap ape ana xtau lah...ana sedih tengok pemuda melayu jadi macam 2.hamba arak... dalam hati xputus2 beristigfar... moga Allah beri hidayah kat pemuda 2. dah diheret keluar, ditingglkan kat tepi jalan macam 2 je.mungkin xde sape peduli kot... sedih sangat2....

satu lagi adegan menarik di akhir xpdc dakwah kami sbelum berangakt kembali ke klcc pada pukul 3 pagi... kami berjumpa dgn sekumpulan anak2 muda y berada dalam lingkaran usia 13 hingga 18 tahun.... kami cube dekati, y kelakarnya mereka lari takut...huhu. kami panggil lah semula, "jangan takut dik,kami xbuat ape2..nak sembang2 ke"... mereka pun datang dekat... bayangkan mereka ni baru bersekolah dalam tingkatan 1 hingga 5 macam 2, tapi pada jam 3 pagi tu masih dok melepak dan berkeliaran di situ. bagi mereka itu bukan masalah besar utk tidur di tepi jalan. alasan mereka lrt dah tutup dan akan pulang selepas pukul 6 pagi apbila lrt dibuka.... terfikir diminda ana, mak ayah mereka ni xrisau ke kan... mereka ni selamba badak je keluar umah smapai 3 pagi.. bayangkan ni usia adik ana y bongsu 2, kalu ayah analah,mesti dah membebel... waduh2 anak2 warga kota.ana xsalahkan mereka seratus peratus,,,malah ana rasa senang utk berkenalan dgn mereka. mereka sudi utk mendengar ape y kami smapaikan. terutam sekali kat sepasang kapel umo 18 tahun y nk kawen xlama lagi. y perempuan ni free hair, pakaian macam remaja biasalah... antara perbualan y sempat dirakamkan:

"adik umo berapa?"
"18 kak"
"skg belajar kat mana"
"smbung belajar kat indon"
"oo..bagus2.belajar bidang ape nanti?"
die sambil tersengih dan menunjukkan jarinya kearah kami...
"maksud adik??"kami blur2 sebentar...
"macam akak2 semua"jawabnya..ana mula dapat menangkap jawapannya..
"jurusan agama?"tanya ana.die mengangguk."bagus dik, insyAllah mudah2han dapat buat y terbaik. kenapa pilih kos ni?mak suruh ke??"tanya kami..
"dua2.mak suruh n sy sendiri.sebab nak kawen xlama lagi.yelah xkan nak jadi macam ni sampai bile2?teringin gak nak jadi macam kakak2."perghh jawapan adek 2,begitu mengujakan kami..huhu.xsangka.tapi hidayah 2 kan milik Allah.
"alhamdulillah.insyAllah dik.. mane bakal suaminya?ade kat sini?"
"ada. tu..."sambil memanggil seorang anak muda y sebaya dgnnya.18 tahun. dan mengaku akan berkahwin dgn perempuan itu.maka bermulalah tazkirah bab kahwin oleh ustazah nur nazariah..a.k.a k.nur.panjang lebar tazkirah kak nur, dan diakhiri dgn mengajak mereka utk tidur di masjid.mula mereka menolak dgn alasan pakaian xsesuai.kami kate xpa,boleh... dan mereka pun mcam nak ikut lah...tapi kawan y laen y mula2 ade ramai 2, dan lari tinggal kapel dua org y nak dgr 2 je.jadi mereka terpaksa menolak dgn alasan nak cari kawan y hilang itu... midah2han hidayah Allah bersama2 mereka....

disepanjang perjalanan balik kami ditegur oleh pemuda2 y melepak di sepanjang jalan.ade y siap tidur tepi longkang lagi....pergh macam ni gaye sambut tahin baru mereka gamaknya... antara usikan mereka...

"Hidup muslimah!!!" satu jeritan dari dalam kereta di tengah jalan raya...
"astagfirullah" usik beberapa pemuda...
"jom2 balik sembahyang" kate seorang pemuda apabila kami menghapiri mereka...

dan banyak lagi kate2 berbaur sindirin.dan kami menerima dgn senyuman kerana mengamalkan 3 s dalam berdakwah. senyum, sapa, sentuh (utk sesama jantina).....


banyak lagi nak dikongsi utk program gamis minggu ni.tapi dah letih menulis.huhu.
kesimpulannya ana bersyukur jerana terpilih antara ratusan tentera2 Allah utk bersam2 memperjunagkan dan menegakkan agamaNYa pada malam itu.JAGA!JAGA!JAGA YAHUDI! (2X), TENTERA MUHAMMAD SUDAH DATANG (2 x).....

WALLUA'ALAM...








0 cadangan:

Catat Ulasan