Ahad, 2 Januari 2011

HIMPUNAN 1111 MAHASISWA

mahasiswa yang berjaya dikumpulkan

mahasiswa dari UNISEL

cop tangan ku juga ada di situ...huhu

che li and the gang




Bismillah walhamdulillah.....

InsyAllah entry kali ni berkenaan dan bersambungan dgn aktiviti xpdc gamis y ana post sebelum ini.....

sesampainya kami kembali dri xpdc dakwah di sepanjang jalan bukit bintang, kami bermalam di masjid as-syakirin. kami sampai kembali di masjid as-syakirin dalam lebih kurang pukul 3 pagi. setelah berjalan agak jauh dan mengalami penderaan mentel apabila melihat kerenah umat Muhammad di kota lumpur ini, ana terasa agak keletihan dan memfokuskan fikiran utk tidur sahaja sesampainya di masjid. namun sedikit tragedi berlaku apabila k.nisak tibe2 merebahkan dirinya xsemena2 sewaktu kami sedang berjalan beriringan. kaget juga ana. k.nisak hampir pengsan mungkin kerana keletihan berjalan agak jauh... walaupun letih k.nisak tetap bersemangat memimpin muslimat kumpulan kami sepanjanjang xpdc. syukran k.nisak atas pengorbanannya...=))

masjid as-syakirin dibanjiri mahasiswa2 dari seluruh malaysia y menyertai xpdc pada malam itu.malah kelihatan juga mad'u2 yang tiada tempat bermalam turut bermalam bersama kami di masjid itu. moga2 malam itu membari mereka hidayah terbaik dr Allah y mampu megubah pandangan mereka tentang kehidupan ini. InsyAllah... masjid agak padat dgn manusia ketika itu. dgn kemudahan tandas yang agak terhad agak menyukarkan kami pada waktu itu. pesanan kepada pentadbiran masjid as-syakirin utk mengambil perhatian akan hal ini. tapi mungkin pada pendapat mereka masjid itu jarang di imarahkan pada waktu2 kebiasaan hanya pada waktu2 dan event2 tertentu sahaja masjid ramai dgn manusia seperti pada malam itu.. wallu'alam. apepun ana bersyukur sebab masih ada tempat utk melelapkan mata barang sejam dua.alhamdulillah.. mengikut tentatif qiamulallail akan diadakan pada pukul 3 pagi. baru sahaja ana dan k.nisak mahu melelapkan mata, kedengaran zikir2 y di alunkan oleh imam, sangat2 menyentuh hati, namun masih merasa agak berat utk bangkit utk meyertai qiam.waduh2 ruginya rasa...mungkin ana terlalu melayan sangat rasa penat y xseberapa 2 kot... huhu. mata masih terpejam tapi hati dan telinga masih menangkap bait2 zikir taubat y di alunkan. seorang makcik mengejutkan kami sambil berkata, "bangun,bangun, ni datang nak qiam ke nak tidur"....huhu.ana terbangun tapi masih mamai. entah macammane kepala kembali berbaring tanpa memikirkan ape2...xsedar ape2...kemudian hampir kpd pukul 5 pagi, ana dan k.nisak bangun utk menyiapkan diri utk qiam disisa waktu y masih tertinggal...alhamdulillah sempat...

disaat ana bangun pada pagi itu, fikiran tetiba melayang teringatkan pemuda y kene heret sebab mabuk semalam... hati berdoa semoga Allah beri hidayah kat dia. tetibe terimagine, mane tau mase dia tengah mabuk 2,mak dia datang pakai telekung (macam dalam tv 2)... ajak die kembali ke jalan y benar...sape tau kan. semua pun boleh jadi. ana pun berdoa agar semua mad'u2 y ana jumpa pada malam tadi dilimpahkan hidayah dan merasai nikmat islam dan iman y kami rasai ni...amin.insYAllah...

kembali kepada tajuk entry kali ni, "HIMPUNAN 1111 MAHASISWA UTK MALAYSIA". selepas mempersiapkan diri, kami (muslimat UPM) berkumpul sebentar utk taklimat pergerakan ke tempat program di MPPJ (majlis perbandaran petaling jaya)... ana bergerak menaiki moto y dibawa oleh k.nur.. berkonvoi beramai2 sebanyak lebih kurang 7 buah moto. mantap muslimat UPM. ana perasan setiap kali program muslimat UPM lebih memilih utk berkonvoi menaiki moto berbanding kereta seperti muslimat kampus2 lain (ye ke??) ni pandangan ana lah. pandangan peribadi. huhu. xperlu di ambil kira...mungkin atas beberapa faktor. y utama ialah faktor kesesakkan di kota penuh lumpur ini y membuatkan moto lebih sesuai utk dibawa ke mana2 tambahan pula utk memastikan tidak mengambil masa y terlalu lama di atas jalan raya walhal jarak y sebenarnya adalah sekangkang kera tapi sebab jam jadi berejam pula...erm perjalanan agak jauh (bagi ana) lebih kurang 45 minit dr masjid as-syakirin..ana xtengok jam pun tapi rasa cam lama je dok atas moto 2..huhu.kesian k.nur mesti lagi penat bawa moto dr semalam...huhu..

sesampai di tempat program, mahasiswa y terkumpul masih belum mencecah angka 1111 lagi... mungkin mengalami sedikit masalah utk sampai ke tempat program. kami pun duduk menunggu y laen2.... kebetulan ana duduk di sebelah org india y mewakili PSM (parti solidariti malaysia). sempat menangkap beberapa perbualan antara dia dan wani aziz. rupa2nya PSM ini boleh di sertai oleh bangsa2 y laen xtertakluk pada india sahaja. PSM telah mewujudkan 1 gerakan iaitu gerakan menuntut pelajaran percuma (GMPP). gerakan ini bermaksud utk menuntut pelajaran percuma utk semua peringakat dr sek rendah sampai universiti.. wah ana sokong sangat2 gerakan ni. selaku pemimjam tegar PTPTipu..huhu.ana amat merasakan bebanannya apabila dah grad nati...pada penilaian ana y kurang mengkaji politik malaysia ni, huhu... ana rasa kerajaan mampu utk memberi pelajaran percuma kepada rakyat malaysia seluruhnya andai kerajaan tidak terlalu fokus kepada projek2 mega y xmembawa keuntungan kepada rakyat. kebanyakkan projek2 kerajaan y ana lihat adalah sekadar membazir duit rakyat semata2 utk kelihatan gah di mata dunia dgn pelbagai mercu tanda y menimbulkan kontroversi dan konspirasi... konspirasi illuminati.. (kalu dilihat dari struktur2 bangunannya)...apepun GMPP ana sokong!!!

aktiviti pagi 2 di mulakan dgn senam robik. ana y berbadan macam kayu ni (agak sukar utk membuat gaya2 tertentu 2) merasa agak terhibur...huhu.alhamdulillah keluar sikit lah peluh 2... semua mahasisiwi memberikan kerjasama turun ke padang walaupun berpakaian jubah,baju kurung dan niqob..huhu.seronok2... senam robik di ketuai oleh che li and the gang.. begitu bersemangat che li meng'lead' kami...

kemudian aktiviti diteruskan lagi dgn mewarnakan banner terpanjang (xingat berapa panjang) oleh mahasiswa dan mahasiswi....huhu... ana sempat meninggalkan cop tangan di banner tersebut...huhu...

kemudian aktiviti seterusnya ialah penyampaian pidato dri front2 aktivis dari semua persatuan antaranya saudara shazni munir (Parti solidariti mahasiswa..xpasti), saudara mohd faez (majlis politik nasional), saudara ahmad syazwan ( GAMIS), wakil dari DEMA, dan PSM dan KAMI..xlupa juga kak nazirah wakil SIGMA. pidato2 mereka begitu bersemangat menyatakan pendirian mereka dalam arena perjuangan menuntuk hak ini dan membakar semangat2 para aktivis utk terus kekal dalam perjuangan berdasar2kan matlamat perjuangan masing. mungkin kami berbeza pendirian dan pembawakan tapi kami punya 1 matlamat iaitu memerkakan malaysia dan menegakkan keadilan di bumi malaysia tercinta ini..

hasil daripada himpunan ini, beberapa deklarasi telah di sepakati... antaranya "MAHASISWA UNTUK RAKYAT,MAHASISWA UTK MAHASISWA DAN MAHASISWA UTK MALAYSIA".... deklarasi akan dibawa sepanjang perjuangan kami di arena ini...

alhamdulillah segala2 nya telah selesai dgn baik. ramai para aktivis y dapat turun padang pada hari itu.. ana xpasti angka 1111 itu dapat di capai atau tidak. laungan takbir dan Allahuakbar bergema di tengah padang y panas membahang itu... menyemarakkan semangat kami.... insyAllah moga perjuangan kami mendapat redhaNYA dan di beri kemudahan di sepanjang jalan ini...amin insyAllah.. akhir kata:


"HIDUP!HIDUP!HIDUP MAHASISWA"
"STUDENT!!!!!!!! POWER!!!!!!!!"
"TAKBIR! ALLAHUAKBAR!!!!!!


wallau'alam



0 cadangan:

Catat Ulasan