Selasa, 21 Disember 2010

~HijRaH~~~

Bismillah walhamdulillah...

seperti tajuk di atas, walaupun sudah agak kelewatan utk mengepos tajuk berkenaan hijrah, ana tetap nak berkongsi sesuatu y berkenaan dgn hijrah ni.. (sebenarnya sebab baru lepas dengar cermah motivasi ust hasrizal di surau al-munir, tman equine semalam)..huhu. jd ana cedok sikit idea ust hasrizal utk perkongsian kali ni.......

ana pointkan beberapa isi penting antaranya :
Hijrah sebagaimana y kite tahu adalah bermaksud berpindah atau dalam konteks sekarang ni berubah. sebab org la ni dah beli rumah siap2 jarang y berpindah randah macam puak nomad 2... tapi tetap juga memberi maksud y sama. bilamana berlakunya hijrah kepada sesuatu kaum, tentu sahaja kaum itu akan berhijrah ketempat y lebih baik. jadiknya dalam konteks semasa hari ni, hijrah adalah mengubah diri kearah sesuatu y lebih baik...

persoalannya.. ape benda y nak di ubah pada diri kite ni??? benda y kite kene ubah dalam diri kite ni adalah sesuatu y ada dalam diri y menjadikan diri itu die (org tersebut)... hehe. pening sikit ayat die. menurut ust hasrizal ade 4 element penting utk di ubah dalam diri...

1) AKAL - soal ilmu
bermaksud cara kite berfikir kene ubah jadi lebih sihat. macamne 2?? contoh macam ni la, dalam sebuah keluarga ni ade 2 adek bradek y sgt akrab. along dan angah. suatu hari angah berlari pulang dgn gembiranya utk memberi tahu kepada ibu dan ayahnya serta k.longnya tentang tawaran blajar medik y diidam2kan selama ni... mak dan ayah nya gembira dan mengucapkan tahniah kepada si angah ni tadi. pas2 along ni pun gembira juga.. sambil mengucapkan tahniah.. along berkata ,"kesian angah.kene g sek lagi 6 tahun.kurang tidur la angah lepas ni.asyik dok depan buku 24jam je lah"....

itu y dikatakan along.sekarang kite nampak perbezaan pemikiran si along dan angh tadi.contoh org y berpotensi utk berjaya adalah seperti angah tadi, walaupun susah, tapi apabila die memikirkan tugas seorang doktor y mampu memberi perkhidmatan kepada org ramai serta mampu mmbanggakan hati kedua orang tuanya...die tetap teruskan cite2nya walaupun susah sebagaimana y dikatekan oleh kak long tadi. kak long adalah contoh pemikiran org y jarang boleh berjaya.banyak sangat xbolehnya berbanding boleh.kite adalah ape y kite fikirkan.

satu lagi contoh y dibawa oleh ust hasrizal ialah cerita pesawah padi dan seorang Datuk. 1 hari 2 Datuk telah melalui 1 kawasan sawah padi utk ketempat y ingin ditujunya.dalam perjalanan die terserempak dgn seorg pesawah. pesawah lihat die dan kereta mercedeznya manakala Datuk melihat pesawah tadi bersama2 beberapa ikan keli di tangan..

fikiran si pesawah: uiishh,, best giler kalu bleh jadi macam Datuk ni. keta besar.. xmacam ak... basikal ni je la y ak ade. ak xkan bahagia macam ni kalu ak xde keta macam datuk 2. tengok blakang sikit,,perggghhh bini cun giler 2... tengok bini ak.muka xpernak bersolek.asik pakai kain batik baju t-shirt,bau belacan plak 2.(padahal pesawah ni tadi y dok selalu suruhisteri die masak sambal belacan.)cube tengok ana die plak..sorang je??mesti senang nak bela.. anak ak??5 org berderet.kuat makan plak..... iskh ak xkan bahagia sampai bile2 ni kalu xkaya macam datuk ni.xde keta mercedez,xde bini lawa, xde anak sorang... sehingga tertanam di minda pesawah tadi sebegitu rupa.xkan bahagia selagi xkaya.

fikiran Datuk: isk ape kat tangna pesawah 2??mak oi ikan keli.. perghh mesti sedap kalu dibakar pas2 cicah sambal asam.. maka tebayang dimindanya suasana membakar ikan keli di tepi bendang di buai angin sepoi2 bahasa... alangkah bahagianya. cube tengok anak die.. si Datuk tadi mengira anak2 si pesawah y dok maen kat tengah bendang, 1..2..3..4...5... 5 org??mesti meriah rumah die ade anak2 ramai.xmcam ak... ana sorang,dah 2 pendiam plak 2... asyik maen psp jek..macam xde anak.. mesti ak akan bahagia kalu jadi macm pesawah ni... makan ramai2.. ak??asik makan sorang je.datin confirm sibuk dgn persatuan...

Last2 dua2 pon xbahagia.... ape y kite ade adalah y terbaik.ubah diri kita maka insyAllah keadaan sekeliling akan berubah lambat laun.bermula dari fikiran yang sihat.

2) HATI- soal iman

iman itu bukan sekadar tahu tapi perlu sehingga melahirkan mahu dan membentuk keyakinan dalam diri. kene hijrah iman kite ni. upgrade sikit ke level y lebih tinggi. rukun iman bukan sekadar hafalan di minta dan hafazan di bibir tapi keyakinan di hati...
-percaya kepada Allah
-percaya kepada Rasul
-percaya kepada malaikat
-percaya kepada kitab2
-percaya kepada hari kiamat
-percaya kepada qada' dan qadar

kite kene rasa diri kite ni istimewa... sebagaiman firman Allah "sesungguhnya telah Aku ciptakan manusia itu sebaik2 kejadian"

yakin ni xperlu kite nampak dulu baru kene yakin. sebagai contoh, org zaman jepun dulu.disiksa di bunuh di aniaya, mereka ditindas.... mereka merasakan mereka perlu ade 1 pegangan utk mereka terus bertahan iatu iman. apbila mereka percaya kepada syuga dan neraka. mereka yakin org y zalim macam tentera jepun tu Allah akan campak kat dalam neraka dan org y dianiaya akan masuk syurga.maka atas dasar keyakinan dan keimanan mereka terus bertahan. cube lihat anak2 kite zaman skg ni. dok merasa pegangan itu xpenting.mereka xperlu berpegang kepada ape2 kerana ape y mereka nak semua boleh dapat. nak ps 2,ting..dapat..nak beskal...dapat..semua lah. so whats the point nak beriman.xberiman pon dapat juga macam dalam syurga... sebab 2 Allah datang sedikit ujian kepada kita utk kita rasa berpegang...utk rasa pentingnya beriman....maka mereka y berjaya melepasi ujianNYA adalah orh y berjaya.

3) NAFSU

nafsu ni satu bentuk tenaga, nak buang xbleh... tapi boleh di ubah kepada bentuk2 y laen y berguna,,,,
1)Nafsu amarah- nafsu y xpernah terdetik nak buat baik.dok ceruk mana pon asyik fikir nak buat jahat je,,,,nafsu yang paling teruk..
2) nafsu lawwamah- nafsu y kejap buat baik kejap buat jahat... pas buat jahat tobat jap pas2 bauat jahat balik... iman y xkonsisten..
3) nafsu mulhamah _ nafsu y diilhamkan utk kebaikkan...
4)nafsu mutmainnah -nafsu y sejahtera...

pesan imam al-ghazali "Jgn jemu utk bertaubat kerana Allah xpernah jemu utk mengampun"

last sekali,
4) Tubuh badan..

akal yang sejahtera lahir dari badan yang sihat...


ok, renung2kan dan selamat beramal..........

2 cadangan:

fizzi shamsudin berkata...

sangat menarik...thumbs up...:D

khazinatul berkata...

xsehebat blog awak..huhu..sudah berade di tenggaroh? maaf mungkin xdapat jumpa.. xblik untuk jangka masa y lama..cewah..lama la sangt.. final year project xsiap lagi..

Catat Ulasan