Jumaat, 23 September 2011

Bismillah walhamdulillah.....

assalamualaikum wbt...hehe.

alhamdulillah, nampaknya sy semakin rajin meng update blog,hehe,(syabas mas!)~mas, ingat xbek bangga2.eleh sekejap je ni..=P

xpa, sy perasan sesuatu, bila hati kita terisi atau xkering, fikiran seakan basah dgn idea.maksudnya akan ade sesuatu berguna y nak ditulis atau dikatakan samada melalui status di facebook atau bermadah pujangga di blog masing2. Alhamdulillah kadang2 lintasan kata2 atau cerita yang di kongsi dgn org laen itu mungkin membantu org laen y kebetulan berada dalam situasi y sama. buat diri sy sendiri, apa y sy cuba sampaikan lebih kepada mengingatkan diri sy sendiri. mengakui kebenaran kata2 sahabat sy, apa y kita sampaikan pada org sebenarnya lebih dkt dgn diri kita sendiri.kita mungkin akan di uji dgn kata2 kita sendiri. contoh, kita nasihatkan kawan kita supaya solat di awal waktu, barangkali, lepas itu kita pula y solat lewat. apa pun, semua itu tidak patut di jadikan alasan utk tidak menyampaikan. itu yang kita namakan mujahadah. berlawan dgn nafsu sendiri.

sebelum sy meneruskan lagi kata2, sy nak ambil ruang ini utk mengulas lebih sedikit tentang cerita sedih sy tentang jpj sy selasa lepas. erm, sy tidak menyalahkan agen sy seratus peratus, sy sedar niatnya baik utk membantu warga kampung kami mudah mendapat lesen.kalau boleh katenya, die nak semua org tenggaroh ni ada lesen. ya, die punya usaha utk memberi yang terbaik. cara die mengajar sy juga bersungguh2, mengingatkan sy tentang apa yang pihak jpj suka dan tidak suka dilakukan semasa test. sehingga kadang2 menimbulkan perasaan cemas dalam diri sy sebab memang banyak perkara y sy xmampu buat dgn baik. bagi sy, asal kerata tu xmati, xlanggar org, dah cukup baik. hehe. xperlu nak fikir macamne nak buat brek supaya xmengenjut, xperlu nak tarik hand brek setiap kali berenti kat simpang dan macam2 lagi peraturan... apa pun, sy belajar dgn bersemangat.setiap kali dapat peluang pegang stering bila agen sy beri kebenaran utk membawa kereta memandu pulang, sy sgt teruja.sy sangat suka bawa kereta.

TAPI.....

bila perkara yang sy cerita sebelum ini terjadi, sy sedikit terkilan, rasa macam apa yang agen sy penat2 ajar selama ni macam xperlu je. 4 bulan sy xberusaha utk cari kerja apa2 sebab nak tumpukan pada lesen. bukan sy xbersyukur sebab dapat lesen, tapi adalah lebih berpuas hati jika perkara sebegini x berlaku.....(T.T)

ok, tentang mujahadah tadi ye, erm pada sy mujahadah hasilnya istiqamah. sekadar berkongsi sedikit tentang apa y sy dpt di rancangan tanyalah ustazah berkenaan istiqamah. ustazah bagitahu, ade 1 ketika kita akan rasa M.A.L.A.S... dulu rajin bangun subuh awal, bila malas dtg, subuh semakin lewat,(sy la tu), dulu rajin solat sunat, bila malas dtg, nak solat sunat berkire, (sy lagi), dulu rajin baca quran lepas subuh, bila malas dtg, baca mathurat pun dh rasa banyak dh.(iskh sy lagi)....rasa macam kene tumbuk kat muka, sakitnya terasa... huhu.

ustazah kate, semua ni ade kaitan dgn setiap perbuatan kita, mungkin kita lebih banyak buat benda lagha dr mengingati Allah, mungkin kita suka dengar lagu melalaikan membuai rasa, lebih dr kita mendengar kalamullah... Allah xzalim.kita y zalim kat diri kita. bila susah nak buat baik, kene cek balik diri. Allah jaga kita, kalau kita jaga Allah. setiap apa yang kita buat akan dtg balik kat kita.kalu baik, baiklah y jadi,alhamdulillah...kalau jahat, jahatlah,nauzubillah...

ustazah ade ajar 1 doa y lebih kurang berbunyi begini :

"Ya Allah ya Tuhanku, telah Engkau jadikan musuh yang mengetahui kelemahanku, Engkau jadikanlah dia berputus asa dgn aku sebagaimana dia berputus asa dgn rahmatMu, Engkau tutuplah hatinya dri mengganggu ku sebagaimana Engkau tutupkan pintu keampunanMu buatnya, Engkau yang maha pelindung ya Allah"...

sekian, selamat beramal.

0 cadangan:

Catat Ulasan