Selasa, 20 September 2011

aduhai j.p.j ku..

bismillah walhamdulillah.....

S.e.d.i.h..... k.e.c.i.w.a........

itulah perasaan y sy alami saat ini utk menggambarkan bagaimana jpj sy pd hari ini.... setelah semalam xdapat tidur nyenyak dek kerana nervous utk jpj moto keesokkan harinya, akhirnya beginilah jadinya.....

isunya bukan kerana sy GAGAL jpj motor, tetapi ade y lebih mengecewakan daripada sekadar gagal. ye, sy lulus..alhamdulillah, dgn markah 19/20....tapi sy tetap kecewa....

hati saat ini rasa nak menangis... boleh x anda bayangkan usaha kita selama ini menjalani latihan semata2 utk lulus dgn izinNYA akhirnya dan sebenarnya xmembawa apa2 erti.di ibaratkan, jika anda xdtg latihan pun anda boleh lulus. kenapa sy katekan begini...ya, hanya dgn 1 perkataan y dapat sy ungkapkan di sini, RASUAH.

Ya Allah, dpt x anda bayangkan anda lulus kerana anda membayar lebih utk tujuan pegawai jpj tutup mata dgn kesalahan y anda buat. di situasi sy skg ini, sy xtahu apa tujuan sebenarnya agen sy meminta duit tambahan rm20 utk jpj moto dan kereta, bermakna sy telah membayar rm40.sy sedar jumlah itu tidaklah terlalu besar, dan pd fikiran sy agen itu meminta duit itu utk tujuan duit minyak dan upah die mengambil dan menghantar sy. tapi apa bila di tanya secara teliti baru agen sy mengaku duit rm40 itu adalah utk di berikan kepada org dalam.luluh hati sy bila mendengar pengakuannya... kalau utk tujuan itu waima duit 5 sen pun sy xnak bagi utk org dalam dgn tujuan utk pejam mata dgn kesalahan2 y sy lakukan semasa test. sekecil mana pun jumlah duit itu, jika utk tujuan y haram ia tetap haram. sy katakan kepada agen, sepatutnya cik beri pilihan kepada sy samada setuju atau tidak dgn cara ini.. jika benar sy xlayak utk lulus, ye sy sanggup mengulangi test itu dgn membayar rm150 lg sebagai tambahan.

tapi sy memahami keadaan agen itu, katenya samada sy bayar atau tidak perkara itu tetap berlaku.agen itu tetap akan membayar rm20 kepada org dalam dgn duitnya. sistem memang begitu katenya. dan perkara ini di minta di rahsiakan drpd pengetahuan umum.

ini soal keberkatan.sampai saat ini, air mata sy xdpt nk tahan lg.sy kecewa. dalam medan y kecil ini sy sudah rasa lemah dan xberdaya melawan apa y sy rasa salah, inikan pula sy nak berdepan dgn medan y lagi besar. y tentunya byk juga perkara seperti ini berlaku.nampak kecil tapi bila ia berkaitan dgn sumberpendapatan keluarga ia jadi soal y sgt besar. sy berharap mereka2 y berkaitan sedar akan soal ini. moga Allah beri hidayah di hati mereka. utk agen sy, y sudah sy anggap seperti ayah sy sendiri, sedarlah cik, moga kate2 kami di kereta tadi dapat cik fahami dgn hati y mengharapkan rahmat dan redha Allah. sy doakan agar suatu hari nanti cik akan sedar akan perkara y cik anggap kecil tapi sebenarnya besar ini.

hmm patutlah sy rasa jpj tu xtengok pun semasa sy tgh test.....

ALLAH................

0 cadangan:

Catat Ulasan