Jumaat, 23 September 2011

Bismillah walhamdulillah.....

assalamualaikum wbt...hehe.

alhamdulillah, nampaknya sy semakin rajin meng update blog,hehe,(syabas mas!)~mas, ingat xbek bangga2.eleh sekejap je ni..=P

xpa, sy perasan sesuatu, bila hati kita terisi atau xkering, fikiran seakan basah dgn idea.maksudnya akan ade sesuatu berguna y nak ditulis atau dikatakan samada melalui status di facebook atau bermadah pujangga di blog masing2. Alhamdulillah kadang2 lintasan kata2 atau cerita yang di kongsi dgn org laen itu mungkin membantu org laen y kebetulan berada dalam situasi y sama. buat diri sy sendiri, apa y sy cuba sampaikan lebih kepada mengingatkan diri sy sendiri. mengakui kebenaran kata2 sahabat sy, apa y kita sampaikan pada org sebenarnya lebih dkt dgn diri kita sendiri.kita mungkin akan di uji dgn kata2 kita sendiri. contoh, kita nasihatkan kawan kita supaya solat di awal waktu, barangkali, lepas itu kita pula y solat lewat. apa pun, semua itu tidak patut di jadikan alasan utk tidak menyampaikan. itu yang kita namakan mujahadah. berlawan dgn nafsu sendiri.

sebelum sy meneruskan lagi kata2, sy nak ambil ruang ini utk mengulas lebih sedikit tentang cerita sedih sy tentang jpj sy selasa lepas. erm, sy tidak menyalahkan agen sy seratus peratus, sy sedar niatnya baik utk membantu warga kampung kami mudah mendapat lesen.kalau boleh katenya, die nak semua org tenggaroh ni ada lesen. ya, die punya usaha utk memberi yang terbaik. cara die mengajar sy juga bersungguh2, mengingatkan sy tentang apa yang pihak jpj suka dan tidak suka dilakukan semasa test. sehingga kadang2 menimbulkan perasaan cemas dalam diri sy sebab memang banyak perkara y sy xmampu buat dgn baik. bagi sy, asal kerata tu xmati, xlanggar org, dah cukup baik. hehe. xperlu nak fikir macamne nak buat brek supaya xmengenjut, xperlu nak tarik hand brek setiap kali berenti kat simpang dan macam2 lagi peraturan... apa pun, sy belajar dgn bersemangat.setiap kali dapat peluang pegang stering bila agen sy beri kebenaran utk membawa kereta memandu pulang, sy sgt teruja.sy sangat suka bawa kereta.

TAPI.....

bila perkara yang sy cerita sebelum ini terjadi, sy sedikit terkilan, rasa macam apa yang agen sy penat2 ajar selama ni macam xperlu je. 4 bulan sy xberusaha utk cari kerja apa2 sebab nak tumpukan pada lesen. bukan sy xbersyukur sebab dapat lesen, tapi adalah lebih berpuas hati jika perkara sebegini x berlaku.....(T.T)

ok, tentang mujahadah tadi ye, erm pada sy mujahadah hasilnya istiqamah. sekadar berkongsi sedikit tentang apa y sy dpt di rancangan tanyalah ustazah berkenaan istiqamah. ustazah bagitahu, ade 1 ketika kita akan rasa M.A.L.A.S... dulu rajin bangun subuh awal, bila malas dtg, subuh semakin lewat,(sy la tu), dulu rajin solat sunat, bila malas dtg, nak solat sunat berkire, (sy lagi), dulu rajin baca quran lepas subuh, bila malas dtg, baca mathurat pun dh rasa banyak dh.(iskh sy lagi)....rasa macam kene tumbuk kat muka, sakitnya terasa... huhu.

ustazah kate, semua ni ade kaitan dgn setiap perbuatan kita, mungkin kita lebih banyak buat benda lagha dr mengingati Allah, mungkin kita suka dengar lagu melalaikan membuai rasa, lebih dr kita mendengar kalamullah... Allah xzalim.kita y zalim kat diri kita. bila susah nak buat baik, kene cek balik diri. Allah jaga kita, kalau kita jaga Allah. setiap apa yang kita buat akan dtg balik kat kita.kalu baik, baiklah y jadi,alhamdulillah...kalau jahat, jahatlah,nauzubillah...

ustazah ade ajar 1 doa y lebih kurang berbunyi begini :

"Ya Allah ya Tuhanku, telah Engkau jadikan musuh yang mengetahui kelemahanku, Engkau jadikanlah dia berputus asa dgn aku sebagaimana dia berputus asa dgn rahmatMu, Engkau tutuplah hatinya dri mengganggu ku sebagaimana Engkau tutupkan pintu keampunanMu buatnya, Engkau yang maha pelindung ya Allah"...

sekian, selamat beramal.

Selasa, 20 September 2011

aduhai j.p.j ku..

bismillah walhamdulillah.....

S.e.d.i.h..... k.e.c.i.w.a........

itulah perasaan y sy alami saat ini utk menggambarkan bagaimana jpj sy pd hari ini.... setelah semalam xdapat tidur nyenyak dek kerana nervous utk jpj moto keesokkan harinya, akhirnya beginilah jadinya.....

isunya bukan kerana sy GAGAL jpj motor, tetapi ade y lebih mengecewakan daripada sekadar gagal. ye, sy lulus..alhamdulillah, dgn markah 19/20....tapi sy tetap kecewa....

hati saat ini rasa nak menangis... boleh x anda bayangkan usaha kita selama ini menjalani latihan semata2 utk lulus dgn izinNYA akhirnya dan sebenarnya xmembawa apa2 erti.di ibaratkan, jika anda xdtg latihan pun anda boleh lulus. kenapa sy katekan begini...ya, hanya dgn 1 perkataan y dapat sy ungkapkan di sini, RASUAH.

Ya Allah, dpt x anda bayangkan anda lulus kerana anda membayar lebih utk tujuan pegawai jpj tutup mata dgn kesalahan y anda buat. di situasi sy skg ini, sy xtahu apa tujuan sebenarnya agen sy meminta duit tambahan rm20 utk jpj moto dan kereta, bermakna sy telah membayar rm40.sy sedar jumlah itu tidaklah terlalu besar, dan pd fikiran sy agen itu meminta duit itu utk tujuan duit minyak dan upah die mengambil dan menghantar sy. tapi apa bila di tanya secara teliti baru agen sy mengaku duit rm40 itu adalah utk di berikan kepada org dalam.luluh hati sy bila mendengar pengakuannya... kalau utk tujuan itu waima duit 5 sen pun sy xnak bagi utk org dalam dgn tujuan utk pejam mata dgn kesalahan2 y sy lakukan semasa test. sekecil mana pun jumlah duit itu, jika utk tujuan y haram ia tetap haram. sy katakan kepada agen, sepatutnya cik beri pilihan kepada sy samada setuju atau tidak dgn cara ini.. jika benar sy xlayak utk lulus, ye sy sanggup mengulangi test itu dgn membayar rm150 lg sebagai tambahan.

tapi sy memahami keadaan agen itu, katenya samada sy bayar atau tidak perkara itu tetap berlaku.agen itu tetap akan membayar rm20 kepada org dalam dgn duitnya. sistem memang begitu katenya. dan perkara ini di minta di rahsiakan drpd pengetahuan umum.

ini soal keberkatan.sampai saat ini, air mata sy xdpt nk tahan lg.sy kecewa. dalam medan y kecil ini sy sudah rasa lemah dan xberdaya melawan apa y sy rasa salah, inikan pula sy nak berdepan dgn medan y lagi besar. y tentunya byk juga perkara seperti ini berlaku.nampak kecil tapi bila ia berkaitan dgn sumberpendapatan keluarga ia jadi soal y sgt besar. sy berharap mereka2 y berkaitan sedar akan soal ini. moga Allah beri hidayah di hati mereka. utk agen sy, y sudah sy anggap seperti ayah sy sendiri, sedarlah cik, moga kate2 kami di kereta tadi dapat cik fahami dgn hati y mengharapkan rahmat dan redha Allah. sy doakan agar suatu hari nanti cik akan sedar akan perkara y cik anggap kecil tapi sebenarnya besar ini.

hmm patutlah sy rasa jpj tu xtengok pun semasa sy tgh test.....

ALLAH................

Ahad, 18 September 2011

T_T

Ya Allah..jika aku bukan PEMILIK tulang rusuknya
jangan biarkan aku MERINDUKAN kehadirannyajangan biarkan aku melabuhkan HATIKU dihatinyakikislah PESONANYA dari pelupuk MATAKUDan JAUHKANLAH dia dari relung hatiku..

Jumaat, 16 September 2011

S.A.Y.A

assalamualaikum wbt....

apa khabar iman? mudah2han semakin mantap...insyAllah... sekarang ni ramai y dok pulun kejar pose 6. banyak fadilatnye..katenya bersamaan puasa setahun. sy pernah dengar kiraannya macamni. seorang sahabat sampaikan. puasa sehari di bulan ramadhan umpama puasa 10 hari. jadi 30 hari kali dgn 10 dapat 300 hari. kemudian campur lagi 6 kali 10 bersamaan 360 hari atau 1 tahun. begitulah kiraannya.. sumber y sahih sy xtahu. jadi mungkin sy xboleh jadikan dalil utk berhujah. tapi walau apa pun kelebihannya, setiap perkara y Allah suruh atau galakkan itu, harus dgn niat mencari redha Allah. InsyAllah ada ganjaranya dan yakinlah, SETIAP yang Allah suruh tu memang ade kebaikkannya buat diri kita sendiri. YAKIN. (hehe, sy saat ini pun masih belum memulakan puasa 6. insyAllah akan berusaha merebut ganjarannya.nampaknya momentum puasa ramadhan semakin hilang di saat akhir syawal.huhu. harus bergerak laju membina diri, mas!!)

ok, habis tentang puasa 6, cerita y masih baru buat diri sy... xpa sy je y gembira.org laen xpayah gembira pun xpa. alhamdulillah sy LULUS JPJ. sy sngat gembira dan sangat bersyukur... at least x melayang duit rm150 lagi nak repeat test tu. sudahlah duit ambil lesen moto dan kereta di tanggung sepenuhnya oleh abah, ni kalu xlulus kene mintak duit lagi..hai beginilah naseb penganggurkan... sy xmahu menyusahkan abah lagi. jadi kene usaha sungguh2 supaya xrepeat test. sanggup balik pukul 6 semata2 nak latihan lebih sikit. 2 hari keluar pukul 7.30 pagi balik pukul 6 petang. balik rumah mesti sakit kepala. wawa... tapi syukurlah lulus kan. sy ni spesis manusia yang xpernah pegang stering kereta. di rumah sy juga tiada kereta.setakat kereta sorang adalah.huhu... tu yang nervous lebih sikit. semasa hari ujian tu, sy agak goyah juga.mujur sy adalah calon y ke 15, jadi sempat hilangkan gemuruh dulu sebelum giliran sy. menambahkan rasa cuak sy apabila kakak y sama2 berlatih kereta dgn sy dan sewaktu latihan die agak bagus jugalah berbanding sy, KANDAS di ujian bukit.preeettt!!! wisel pegawai jpj bunyi. time tu juga kakak tu kene keluar dari kereta. tapi sy sentiasa berdoa, sy harap hati sy kuat utk hadapi keputusan yang Allah dan tetapkan utk sy. sy dah berusaha dgn mengikuti latihan sebanyak y boleh. sy juga sudah minta pertolongan dari Allah utk mudahkan urusan sy. akhir sekali sy mohon hati sy redha menerima apa jg y bakal berlaku. sy takut keciwa..cet macam besar sngt perkara y sy hadapi ni.hehe.. xlah maksud sy dalam apa2 juga y berlaku dan apa2 y sy hadapi dalam hidup ini. sy harap sy REDHA. bila redha insyAllah tiada penyesalan dan tiada soalan2 laen yang wujud dalam diri sy y mungkin akan cenderung menyalahkan org laen. sy tidak mahu begitu. kalu boleh sy nk COOL je.macam kawan2 sy selalu ckp,,,"mas, ko ni Cool je ek.tesis xsiap pun cool lagi."... (tp cntoh di atas bukn cntoh y baik.hehe.tesis xsiap kene gelabah ye!) erm maksud sy utk benda2 y lebih bersifat takdir atau y xboleh nk ubah dah. apa pun sy dh LULUS dan sy bersyukur.xkisah lah muka brother jpj tu tegang macamne, yang penting sy LULUS. tapi debaran sy belum berakhir. jpj moto bakal menjelma. sy ni juga spesis yang suka fikir buruk. macamne kalu time sy ujian titi tu, titi tu licin sbb baru lepas hujan???, moto terjatuh dr titi... kalu time brek emergency sy brek smpai terlebih garisan?? kon jatuh?? owh tidak... ni kawan sy la cakap, die kate, kalu kite buat sesuatu, kite kene fikir benda y paling teruk dulu. kawan sy ni seorang engineer kapal. bila die nak naek kapal, doe mesti bayangkan dulu y suasana y teruk, org2 y xkenal, xsenegara, bos y teruk.... then bila masuk kapal, masalah y dibayangkan memang ada.tapi kurang teruk berbanding apa y di imaginekan.. jadi hati dah siap terima. hermmm, bagi ana pula mungkin boleh guna cara tu, tapi jgn smpai perkara buruk y kita bayangkan tu membantutkan usaha kita.cntoh, dh dok pikir buruk macam tu, dh jadi xnak naek kapal tu.macam sy, tibe2 xnak amek test pulak sebab risau dgn andaian y di buat sendiri. huhu. haru nanti jadinya.kene bayar lagi. maksudnya di sini kita fikir perkara y lebih teruk sebab nak persiapkan mental hadapinya. come with a solution lah kan, bukan run away. ok, apa2 pun sy masih lagi sngt berharap semua berjalan lancar. y paling penting hati sy REDHA utk terima. seandainya sesuatu itu bukan Allah takdirkan utk sy, memang bukan milik sy, jangan jadikan hati sy kecewa kerana tidak dapat memilikinya. jangan biarkan sy berharap pada sesuatu yang bukan milik sy..T_T. eh ni dah masuk bab laen....hehe

perancangan??? sy agak fail tentang perkara ni. apa y sy rancang utk masa depan sy. ya mungkin senang cakap, ok, sy nak kawin umur 25 tahun, nak kerja sekian2... nk pakai kereta honda jazz..hehe. senang kan. kalu tibe2 ting! Permintaan anda di tunaikan. kan senang. dan fikir apa nak jadi kene fikir juga bagaimana?. nak kawin, kene cari calonnya. nak kerja kene minta kerja.nak kereta kene ada duitnya. perkara pertama dan ke tiga tu xdapat approval dr orang tua. maksudnya kene start dgn nombor 2.cari kerja. ya, sy ada masalah dgn diri sy sikit. INFERIORITY COMPLEX. sy kurang suka bercakap dgn org. melainkan kawan2 sy. masalah komunikasi sy ni memang telah di ketahui oleh kawan2 sy, sbb sy xhabis2 merungut tentang kelemahan sy y satu ni. xberubah dari kecik sampai besar. takut nak jumpa orang. kalau ade sedara or kawan2 mak ngn abah datang umah, cepat2 nyorok dalam bilik. salam pun xnak. huhu. macamlah org tu nak buat apa2 dgn kita kan. mase sekolah2 dulu sy snagat takut dgn cikgu, kat universiti sy takut dgn lecturer. SANGAT TAKUT!!jumpa mereka macam jumpa hantu. itu yang membuatkan sy xpernah bertanya dlam kelas. seorang y pasif. kera sumbang. nak pg toilet pun sy tungggu time cikgu xd kat kelas.tp alhamdulillah, mase kat sek sy xd masalah dalam pelajaran. bila hari terbuka cikgu kelas sy selalu mengadu pada mak sy, y sy ni pasif sngt xmacam kakak dan adik sy. kebetulan kami 1 sek dan cikgu kenal adik bradik sy. ada lagi, bila time mak sy suruh pg rumah jiran sebelah mintak limau ke, daun kesum ke, sy xnak... sebab takut nk cakap.hehe. kalu pegi kedai ke sy tunjuk je.sy xkan cakap. ada 1 kes,di kedai runcit. sy tunjuk je barang2 y sy nak, dgn bilangannya dgn menggunakan isyarat jari. tibe2 tokey kedai tanya sy, awak bisu ke?? sy terkejut..hehe. tpi lepas tu sy angguk. malas nak cakap apa2...herm ntahlah... mungkin sekarang, sy dh berubah sikit2 kot....tapi ade benda y sy xdapat nk ubah walaupun org kate boleh berubah dan kene berubah utk kebaikan diri sy masa hadapan... tibe2 terfikir, sikap sy y takut dgn insan bergelar guru ni, akn menyusahkan sy dan anak2 sy di masa akn dtg..kui3...hehe. macamne nak jumpa cikgu anak2 sy nanti bila hari terbuka???????heheee.......=)

Rabu, 31 Ogos 2011

Kisah seorang aku....(part 2)

Bismillah walhamdulillah........

Assalamualaikum wbt....

tidak terlambat rasanya nak mengucap selamat hari raya aildilfitri... hari ini sudah masuk raya yang ke-3...jenguk2 blog...hmmm dah bersawang-mawang rasanya..beberapa hari ini rajin juga mengblog walking ke blog org len...seronok baca blog org laen.hehe..malu bile teringat blog sendiri tidak di update2..memang xdak sapa nak tengok blog ana ni..tp malu dgn diri sendiri...betullah kate org2 ana ni hangat2 tahi ayam bila buat sesuatu...xistiqomah..dush3..ok.dah dapat detect 1 kelemahan...next azam ialah DELETE SIFAT HANGAT2 TAHI AYAM.IA BUKAN AKHLAK YANG MULIA.hehe... rasa macam nak sambung citer kisah seorang aku..hehe.nanti kalau anak2 ana tanya boleh tunjuk...nak, ni blog ummi..ummi nak anak ummi jadi lebih baik dr ummi ye!..cet berangan...hehe..sayang anak ummi..insyAllah...kalu zaman anak2 nanti ada lagi la benda nama blog ni. zaman kan makin canggih...

(oleh sebab post ni khusus utk bakal anak2 ana, jadi tukar ganti diri jadi ummi ye..hehe.cet berangan lagi..LOL)
post y lepas terhenti setakat di matrikulasi... hari 2 sewaktu hari kerjaya sekolah ummi, ummi dapat satu group ni.first time ummi jadi fasi.ummi xtau macamne nk jadi fasi..hmm agk hambar la..tp ummi cuba ceriakan kumpulan ummi, tp kebanyakkan ahli group ummi pemalu2 semuanya..hehe..baguslah muslimat pemalu.tp malu kene bertempat ye.dgn lelaki kene malu tau.xboleh tunjuk huha huha..tp kalu sebab kerja boleh bhubung tapi dgn profesional...ada 1 slot tu di mana ummi kene kongsi pengalaman kt adik2 ni.ummi xtahu nak kongsi apa.ummi xlah trlalu menonjol kat universiti.xterer pun.hehe.jadi xtahu nak kongsi apa2..tapi bak kate org sampaikanlah kebaikan walau 1 ayat. insyAllah ada manfaat utk org len walaupun hanya sekadar cerita.

ummi cerita masa mula2 nak masuk u dulu, kalu boleh ummi xnak masuk upm. cita2 ummi nk masuk ukm.. tapi xtahu macamne dalam borang upu, ummi letak y 1st tu upm. mungkin inilah takdir kan.. banyak cerita ummi kt upm.. hehe..

tahun pertama ummi di upm, kehidupan terasa sangat sukar dan terasa sangat tidak bermakna..jiwa ummi rasa kosong. mungkin sebab itu ummi dktkn diri dgn surau.. alhamdulillah kat situ ummi berjumpa dgn seorang kakak yang mengubah pandangan ummi tentang hidup.. ummi panggil kak wan. bermula dr kak wan ummi mula aktif mengikuti usrah. usrah tempat ummi berkongsi dgn insan bergelar sahabat yang terasa memahami ummi.memenuhi keperluan rohani ummi.menambahkan keimanan. ummi harap anak ummi carilah usrah supaya anak2 ummi kekal dalam medan kebaikan..memang benar kalu nak jadi baik tu bermula dari diri sendiri, tp kita perlukan sokongan luar utk tunjukkan kita jalan. ummi doakan anak2 ummi jadi org yang bertaqwa. tapi ummi akui waktu tu ummi x 100% jadi baik lagi.. masih ada sisa2 jahiliah dalam diri ummi..

setelah ummi ditarbiyyah dan di bentuk melalui usrah, terasa 1 tanggungjawab dalam diri utk ummi sampaikan apa y ummi tahu dan membantu adik2 y perlukan bantuan bagaimana utk isi zaman remaja.. tanggungjawab itu dipanggil dakwah. tahu tak, bila saatnya azab Allah turun, bukan sahaja org y xberiman saja y kene azab atau bala tapi org y beriman pun kene tempias juga, atas kesalahan tidak menyampaikan. ummi sedar waktu tu ummi xde kekuatan sangat untuk membawa 1 usrah, tapi ummi cuba bantu secara personal adik2 y rapat dgn ummi. ummi kadang2 jadi tempat rujukan warga kolej berkenaan hukum agama. saat itu juga baru ummi sedar pentingnya mendalami ilmu tentang islam utk individu islam selain dari subjek y ummi ambil di kampus. xramai org y tahu, ummi pun xtahu banyak tapi ummi cuba dan cari di usrah dan buku2 laen. alhamdulillah bila ade kawan2 y bertanya ummi ada jawapan. sekarang penting x kalu kita mendalami ilmu y org sekarang xmahu dalami. ia seolah2 menjadi 1 tanggungjawab fardhu kifayah.

ummi xlama duduk di dalam kolej. 2 tahun sahaja. ummi xsuka dan rasa xikhlas utk turun ke program2 kolej. jadi pada tahun ke-3 ummi telah di buang kolej. kerana tidak cukup merit. xpalah ummi redha lalu ummi membina kehidupan baru di rumah sewa. Alhamdullilah terasa tenang duduk bersama sahabat2..hehe. banyak kepala banyak ragamnya. tapi alhamdulillah kami saling membaiki...nanti ummi cerita tentang sahabat2 ummi. waktu itu kegiatan dakwah bersama2 sahabat terus aktif. ummi xbanyak membantu tapi sikit2 je sebab ummi xbanyak kebolehan.. ummi malu nak bercakap di khalayak ramai. tapi ummi nak anak2 ummi jadi org y berani tampil kehadapan. umat islam kita perlukan kader2 seperti kalian y lantang bersuara...insyAllah ummi doakan...

at last, bermacam perkara ummi lalui, kebanyakkan bersama sahabat2 y menemani ummi di sepanjang perjuangan di kampus... akhirnya ummi berjaya manghabiskan 4 tahun pengajian. insyAllah bulan 10, 2011 ummi konvo..hehe... terasa peritnya nak dpt segulung ijazah. ok lah sampai sini dulu.......

Rabu, 15 Jun 2011

Kisah seorang aku....(part 1)

Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah..rasa terpanggil y menggebu-gebu untuk mencoretkan sesuatu di ruangan bisu ini.sering sahaja punya idea dan keinginan untuk menulis di ruang blog ini, tapi tidak kesampaian. Tulisan luanhannya jadi separuh-separuh, lantas tidak jadi di pamerkan....hehe.hangat-hangat tahi ayam.boleh kira begitulah. Wallahualan.
Kali ini juga bukan ana punya cerita menarik utk diketahui umum. Cuma catatan seorang aku yang biasa-biasa sahaja hidupnya. Tidak mengapa, ia tidak penting untuk kalian, tapi sangat penting untuk diriku sendiri.menganalisis sisi-sisi negative dan positif diriku.ya,buat ana yang tidak kenal lagi dengan dalam diriku sendiri,apa mahuku.apa yang boleh dan mampu ana lakukan.terasa selama ini sekadar mengikut arus.jika takdirku begitu maka ana lalui saja tanpa punya keinginan sendiri. Sejak zaman sekolah. Ana tidak mahu berpindah kesekolah berasrama penuh saat itu. Tapi seolah tertulis, tanpa banyak melawan kata dgn abah, lantas ana jejakkan kaki jua ke sekolah berasrama. Saat itu, teman karibku juga dapat tawaran asrama, tapi tidak betah tinggal di asrama lalu pulang bersekolah di kampong kami. Dia terasa serasi di sana. Ana kagum dengannya, mampu mengambil keputusan sendiri. Ana?walau acap kali rasa ingin pulang, tapi tidak kuat untuk mendesak abah mengambil ana semula dan bersekolah di sekolah lama.ana teruskan jua perjuangan di sekolah asrama dengan ikhlas yang separuh-separuh. Apa pun benar setiap yang berlaku pasti punya hikmah.malah sangat besar. Ana mula berubah di sekolah asrama yang layaknya digelar sekolah agama lantaran peraturan dan tatacara pemakaian memang seperti sekolah agama walaupun sekolah itu adalah sekolah berasrama penuh sains.. Tudung yang dipakai harus labuh melebihi siku. Hendak kemana-mana wajib berstokin. Setiap waktu solat wajib berjemaah di surau. Sehingga solat di dorm itu bagai suatu kesalahan yang sangat besar walhal ia tetap solat.bacaan mathurat setiap petang.solat dhuha.bacaan surah alkahfi.dulu ana terasa surah alkahfi ni panjangnya macam membaca satu penuh alquran. Seringkali tewas bila membaca surah alkahfi ini. Dan hal-hal lain yang lebih islamik. Sesuatu yang baru bagi diri ana waktu itu yang bukan berasal dari latar belakang keluarga yang beragama. Teman-teman ana juga ramai yang memang berasal dari sekolah agama dan perawakan serta pemakaian mereka sering menarik hati ana untuk jadi seperti mereka.seorang muslimah. Untung sahaja keadaan waktu itu mewajibkan ana menjadi seperti mereka. Jadi tidak ada masalah malu untuk melakukan transformasi ini. Hingga ana jadi malu untuk memakai tudung yang singkat walaupun waktu itu cuti dan tidak berada di asrama. Ya, syukur Alhamdulillah, walau dalam terpaksa pada awalnya, tapi member impak yang besar buat perubahan diri seorang aku ini. Oh ya, cerita temanku yang kembali ke sekolah lama itu, takdir itu memang sentiasa begini kan.sentiasa punya rencana terbaik buat diri-diri ini. Ya dia juga Berjaya mencipta kejayaannya di sekolah lama kami. Bukti kejayaannya, dia Berjaya menyambung pengajian di bumi india dalam jurusan pergigian. Bersama seorang lagi teman, menyambung pengajian di bumi rusia untuk menggapai cita-cita sebagai seorang doctor. Bayangkan jika mereka tiada di sekolah itu, sekolah lamaku tidak akan punya catatan sejarah terulung ini. Berjaya melahirkan pelajar yang layak menyambung pelajaran ke luar Negara. Aku sendiri bangga dengan mereka, pihak sekolah apatah lagi. Sehingga kejayaan mereka dijadikan iktibar terbesar buat adik-adik agar punya semangat dan impian untuk menjadi seperti mereka. Nah, lihat sahaja rencana Allah.terbaik bukan untuk hamba-hambaNya. Maka timbul lagi satu kepercayaan dalam diri aku bahawa manusia ini dalam hidupnya, masing-masing punya bahagian masing-masing yang pastinya terbaik aturan Allah.
Aku teruskan kisah hidupku di matrikulasi. Seolah-olah waktu itu, aku seperti mesin yang hanya mengikut arus.terus terang aku saat itu tidak tahu harus kemana. Melihat kitaran kakakku yang selepas tamat belajar terus ke matrikulasi, fikiranku juga jadi terset begitu. Walhal banyak juga peluang-peluang lain selain dar matrikulasi yang baru aku ketahui selepas aku menghabiskan matrikulasiku.sehingga adikku juga terikut2 dengan proses ini.maka menjadikan kami selama 3 generasi berada di matrikulaji johor.mula dari kakakku, aku, dan adikku.tinggal adikku yang bongsu.apakah masih mahu menyambung matrikulasi turun temurun ini.hehe.aku sendiri xpasti.moga yang terakhir ini beroleh variasi sikitlah dalam keluarga kecil kami ini.
Hidupku dimatrikulasi juga member satu catatan penting dalam hidupku. Terasa malu ingin ku cerita semua.walau sedar tiada siapa yang membaca. Saat itu aku seolah remaja yang kehilangan identity. Aku mencari.aku sedar jiwaku masih lagi punya sinar inginkan islam. Tapi, seakan tidak kuat, banyak juga kekhilafan yang aku lakukan. Contoh dalam hal pemakaian stoking waktu itu. Di sekolah ku wajib.tapi di matrik tentu sahaja tidak wajib. Pelajar perlu menentukan jati diri sebenarnya. Owh betapa malunya aku saat itu bila memikirkan aku memakai stoking sekadar peraturan. Kadang kala utk ke kafe yang berada di sebelah asramaku, aku sedapkan hati sendiri, tiada lelaki melihat, tak apelah kot. Bermula dari kafe aku tidak berstokin, langkahku makin panjang ke masjid yang aku kunjungi setiap manghrib dan isyak. Aku semakin meringan-ringankannya. Ditambah lagi dgn 2 rakan karibku. Mereka juga remaja yang mencari dan biasa-biasa sahaja bab penutupan aurat ini. Aku jadi terikut dgn mereka.jahilnya aku waktu itu.sepatutnya aku yang tahu ini, mengajak teman-temanku untuk kearah yang lebih baik.membantu mereka.ini aku yang terikut dgn mereka.mujur sahaja ke kuliah aku masih lagi berstokin. Masih ada malu di dalam diri ini. Di matrikulasi, tentu sahaja cerita cinta tidak lepas kan.samada sekadar bermain2 di hati sehinggakan ada yang terlanjur kerana bercinta.aku sendiri punya cerita begitu.ya aku tersangat malu untuk mengingatinya.walau aku sedar tidak mengendalikan hal hati ini dengan baik, aku bersyukur, kerana ada sesuatu yang aku belajar.walau kadang terasa sakit, manis juga ada...ia tetap mengajar aku sesuatu. Saat itu kisah aku sekadar bermain2 di ruang mesej dan hati... biarlah kisah ini jadi satu kenangan dan pelajaran buat aku yang masih mentah untuk urusan yang satu ini.
Tutup dulu kisah ku setakat ini ya, bakal disambung saat aku di university terchinta... tentu sahaja bila aku punya kesempatan bercerita. Ya cerita ini seakan2 perlu ku hafal, malah sering aku ceritakan saat bersama2 anak2 usrahku mungkin bakal2 anak2ku.agar mereka juga terikbar dgn kisahku.seorang remaja yang mencari. Soalan yang sama yang sering perlu aku jawab dgn cerita ini adalah,”akak, akak memang pakai tudung labuh ke?””akak, macamne akak berubah?””akak.dulu akak macammane?”hehe..adik2, akak ini dulu pun seperti adik2. Berasa ingin tahu kenapa memilih tudung labuh.xrimas ke??..................wallahualam.

Khamis, 12 Mei 2011

~La Tahzan~`

Bismillah wal hamdulillah....

sedih::down::


ini y ana rasa saat ini. bila ade sahabat2 y mengadu pada ana atau y ana tahu berada dalam keadaan tertekan, sedih dan down.. ana cuba utk menaikkan semangat mereka. ana xsuka melihat mereka sedih... ana nak sahabat2 ana ni sentiasa kuat, tersenyum pada ana. bila ada sahabat ana yang di uji dengan ujian yang pada ana berat utk ana tanggung, hati ana meruntun sedih. betapa adilnya Allah dalam menguji setiap hamba2nya... kapasiti mereka laen daripada ana. ana di uji dengan perkara laen yang mungkin sahabat2 laen xdapat nak hadapi.Allah!Allah!....

terasa ana nak solat taubat banyak2, xnak tinggal tahajut, menambah qualiti solat fardhu..segala perkara yang boleh buat ana rapat, dekat dengan Allah.. saat ini ana terlalu meminta agar hati yang ana ada ini ditukarkan dengan hati yang laen, hati yang lebih bersih...Allah aku sangat perlukanMU... sangat dan sangat.....

Ya Allah jangan Kau jadikan hati ini menganggap kecil setiap dosa2 y aku lakukan walau sekecil mana Ya Allah.. Aku tahu aku tak mampu nak menahan azab api neraka Mu yang pedih itu...Aku pasti setiap apa yang aku lakukan di atas muka bumi ini akan dihisab... Aku lemah ya Allah..terlalu lemah...dengan diriku sendiri pun aku xmampu nak lawan..

mode:thesis hardcover xhantar lagi.sedih xde mood nak buat.=((