Rabu, 15 Jun 2011

Kisah seorang aku....(part 1)

Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah..rasa terpanggil y menggebu-gebu untuk mencoretkan sesuatu di ruangan bisu ini.sering sahaja punya idea dan keinginan untuk menulis di ruang blog ini, tapi tidak kesampaian. Tulisan luanhannya jadi separuh-separuh, lantas tidak jadi di pamerkan....hehe.hangat-hangat tahi ayam.boleh kira begitulah. Wallahualan.
Kali ini juga bukan ana punya cerita menarik utk diketahui umum. Cuma catatan seorang aku yang biasa-biasa sahaja hidupnya. Tidak mengapa, ia tidak penting untuk kalian, tapi sangat penting untuk diriku sendiri.menganalisis sisi-sisi negative dan positif diriku.ya,buat ana yang tidak kenal lagi dengan dalam diriku sendiri,apa mahuku.apa yang boleh dan mampu ana lakukan.terasa selama ini sekadar mengikut arus.jika takdirku begitu maka ana lalui saja tanpa punya keinginan sendiri. Sejak zaman sekolah. Ana tidak mahu berpindah kesekolah berasrama penuh saat itu. Tapi seolah tertulis, tanpa banyak melawan kata dgn abah, lantas ana jejakkan kaki jua ke sekolah berasrama. Saat itu, teman karibku juga dapat tawaran asrama, tapi tidak betah tinggal di asrama lalu pulang bersekolah di kampong kami. Dia terasa serasi di sana. Ana kagum dengannya, mampu mengambil keputusan sendiri. Ana?walau acap kali rasa ingin pulang, tapi tidak kuat untuk mendesak abah mengambil ana semula dan bersekolah di sekolah lama.ana teruskan jua perjuangan di sekolah asrama dengan ikhlas yang separuh-separuh. Apa pun benar setiap yang berlaku pasti punya hikmah.malah sangat besar. Ana mula berubah di sekolah asrama yang layaknya digelar sekolah agama lantaran peraturan dan tatacara pemakaian memang seperti sekolah agama walaupun sekolah itu adalah sekolah berasrama penuh sains.. Tudung yang dipakai harus labuh melebihi siku. Hendak kemana-mana wajib berstokin. Setiap waktu solat wajib berjemaah di surau. Sehingga solat di dorm itu bagai suatu kesalahan yang sangat besar walhal ia tetap solat.bacaan mathurat setiap petang.solat dhuha.bacaan surah alkahfi.dulu ana terasa surah alkahfi ni panjangnya macam membaca satu penuh alquran. Seringkali tewas bila membaca surah alkahfi ini. Dan hal-hal lain yang lebih islamik. Sesuatu yang baru bagi diri ana waktu itu yang bukan berasal dari latar belakang keluarga yang beragama. Teman-teman ana juga ramai yang memang berasal dari sekolah agama dan perawakan serta pemakaian mereka sering menarik hati ana untuk jadi seperti mereka.seorang muslimah. Untung sahaja keadaan waktu itu mewajibkan ana menjadi seperti mereka. Jadi tidak ada masalah malu untuk melakukan transformasi ini. Hingga ana jadi malu untuk memakai tudung yang singkat walaupun waktu itu cuti dan tidak berada di asrama. Ya, syukur Alhamdulillah, walau dalam terpaksa pada awalnya, tapi member impak yang besar buat perubahan diri seorang aku ini. Oh ya, cerita temanku yang kembali ke sekolah lama itu, takdir itu memang sentiasa begini kan.sentiasa punya rencana terbaik buat diri-diri ini. Ya dia juga Berjaya mencipta kejayaannya di sekolah lama kami. Bukti kejayaannya, dia Berjaya menyambung pengajian di bumi india dalam jurusan pergigian. Bersama seorang lagi teman, menyambung pengajian di bumi rusia untuk menggapai cita-cita sebagai seorang doctor. Bayangkan jika mereka tiada di sekolah itu, sekolah lamaku tidak akan punya catatan sejarah terulung ini. Berjaya melahirkan pelajar yang layak menyambung pelajaran ke luar Negara. Aku sendiri bangga dengan mereka, pihak sekolah apatah lagi. Sehingga kejayaan mereka dijadikan iktibar terbesar buat adik-adik agar punya semangat dan impian untuk menjadi seperti mereka. Nah, lihat sahaja rencana Allah.terbaik bukan untuk hamba-hambaNya. Maka timbul lagi satu kepercayaan dalam diri aku bahawa manusia ini dalam hidupnya, masing-masing punya bahagian masing-masing yang pastinya terbaik aturan Allah.
Aku teruskan kisah hidupku di matrikulasi. Seolah-olah waktu itu, aku seperti mesin yang hanya mengikut arus.terus terang aku saat itu tidak tahu harus kemana. Melihat kitaran kakakku yang selepas tamat belajar terus ke matrikulasi, fikiranku juga jadi terset begitu. Walhal banyak juga peluang-peluang lain selain dar matrikulasi yang baru aku ketahui selepas aku menghabiskan matrikulasiku.sehingga adikku juga terikut2 dengan proses ini.maka menjadikan kami selama 3 generasi berada di matrikulaji johor.mula dari kakakku, aku, dan adikku.tinggal adikku yang bongsu.apakah masih mahu menyambung matrikulasi turun temurun ini.hehe.aku sendiri xpasti.moga yang terakhir ini beroleh variasi sikitlah dalam keluarga kecil kami ini.
Hidupku dimatrikulasi juga member satu catatan penting dalam hidupku. Terasa malu ingin ku cerita semua.walau sedar tiada siapa yang membaca. Saat itu aku seolah remaja yang kehilangan identity. Aku mencari.aku sedar jiwaku masih lagi punya sinar inginkan islam. Tapi, seakan tidak kuat, banyak juga kekhilafan yang aku lakukan. Contoh dalam hal pemakaian stoking waktu itu. Di sekolah ku wajib.tapi di matrik tentu sahaja tidak wajib. Pelajar perlu menentukan jati diri sebenarnya. Owh betapa malunya aku saat itu bila memikirkan aku memakai stoking sekadar peraturan. Kadang kala utk ke kafe yang berada di sebelah asramaku, aku sedapkan hati sendiri, tiada lelaki melihat, tak apelah kot. Bermula dari kafe aku tidak berstokin, langkahku makin panjang ke masjid yang aku kunjungi setiap manghrib dan isyak. Aku semakin meringan-ringankannya. Ditambah lagi dgn 2 rakan karibku. Mereka juga remaja yang mencari dan biasa-biasa sahaja bab penutupan aurat ini. Aku jadi terikut dgn mereka.jahilnya aku waktu itu.sepatutnya aku yang tahu ini, mengajak teman-temanku untuk kearah yang lebih baik.membantu mereka.ini aku yang terikut dgn mereka.mujur sahaja ke kuliah aku masih lagi berstokin. Masih ada malu di dalam diri ini. Di matrikulasi, tentu sahaja cerita cinta tidak lepas kan.samada sekadar bermain2 di hati sehinggakan ada yang terlanjur kerana bercinta.aku sendiri punya cerita begitu.ya aku tersangat malu untuk mengingatinya.walau aku sedar tidak mengendalikan hal hati ini dengan baik, aku bersyukur, kerana ada sesuatu yang aku belajar.walau kadang terasa sakit, manis juga ada...ia tetap mengajar aku sesuatu. Saat itu kisah aku sekadar bermain2 di ruang mesej dan hati... biarlah kisah ini jadi satu kenangan dan pelajaran buat aku yang masih mentah untuk urusan yang satu ini.
Tutup dulu kisah ku setakat ini ya, bakal disambung saat aku di university terchinta... tentu sahaja bila aku punya kesempatan bercerita. Ya cerita ini seakan2 perlu ku hafal, malah sering aku ceritakan saat bersama2 anak2 usrahku mungkin bakal2 anak2ku.agar mereka juga terikbar dgn kisahku.seorang remaja yang mencari. Soalan yang sama yang sering perlu aku jawab dgn cerita ini adalah,”akak, akak memang pakai tudung labuh ke?””akak, macamne akak berubah?””akak.dulu akak macammane?”hehe..adik2, akak ini dulu pun seperti adik2. Berasa ingin tahu kenapa memilih tudung labuh.xrimas ke??..................wallahualam.