Jumaat, 7 Januari 2011

~Kenangan JAULAH TARBAWI~~

bergambar time..

moga kekuatan dan semangat abi mengalir dalam darah n jiwa syabab2 sekalian

muslimat power!! insyAllah ukhwah fillah abadan abadaa... bila berjumpa tidak jemu,bila berpisah tiada resah....

barisan tentera2 Allah y siap siaga berjuang...
muslimin dari kiri: firdaus,razak,Abi,farizul,hazmadi
muslimat barisan ke2: k.izan,wani,ziana,ana,atirah,k.nisak,k.husna
muslimat narisan ke3: amirah,k.oja,munirah jr,munirah senior,k.nisah.

Bismillah walhamdulillah....

Assalamualaikum wbt....

kaifa halukum??? insyAllah..ana harap semua sahabat2 berada dalam kondisi diri y terbaik.... rohani dan jasmani, fizikal dan mental.. sebelum ana meneruskan kalam, ana nak mintak maaf sebab bila baca semula enrty2 y lepas banyak snagt error dr segi typing dan sebagainya... jadi agakmencacatkan pembacaan dan penyampaian... insyAllah akan meminimakan lagi typing error tu.bile dah laju menulis ana xperasan ape y ana taip...huhu..

kembali kepada tajuk.... kenangan jaulah tarbawi... ya MELAKA memang merupakan bumi tarbiyyah bagi ana.. (taktaulah sahabat2 y lain macamne.ni diri analah).. erm madrasah annuriah juga menjadi saksi setiap kalisesi pentarbiyyahan kami... walaupun pada dasarnya ia hanya sebuah sekolah pondok y serba kekurangan namun hasil tarbiyyah y dihasilkan oleh madrasah tersebut tidak dapat dinafikan lagi kehebatannya berdasarkan guru2 hebat y mengajar di madrasah ini.. materi sememangnya bukan tujuan mereka semata2 sebaliknya ganjaran akhirat y lebih di damba.

pertama kali datang ke annuriah utk mengikuti pengajian pondok selama 2 minggu, ana merasa agak berat sebenarnya nak pegi.. namun atas desakan naqibah y ana sayangi (k.wan) ana turutkan jua menjejaki bumi annuriah. Alhamdulillah dalam keterpaksaan itu, ana mampu mengutip mutiara2ilmu y disampaikan oleh beberapa guru y terpilih. pentarbiyahan tidak sekar belangsung semasa di kelas sahaja, tapi juga diluar kelas di asrama dan dimana sahaja kami berada. saat itujuga baru2 nak belajar melazimi mathurat kubra...selama ni sekadar cukup dgn mathurat sughra... huhu. agakmencabar sebenarnya nak habeskan mathurat kubra 2... kalu baru2 nak blaja,pas2 baca plak sorang2, alamatnya mathurat menyembah bumi,kita pun tersungkur di pintu sejadah...huhu. awali latihan dgn membaca secara berjemaah.jadi bile kawan sebelah mengantuk bleh cubit dan gerak2kan die.begitu juga kalukite mengantuk. ana pun mula rasa cam mengantuk sesangat...memang syaitan suka ganggu saat macam ni.di tambah pula dgn kelas y direct... otak jadi letih. ingat lagi org y xpernah mengantuk time 2, k.izzah (the excellent motivator for me)..huhu. k.izzah paling pantang kalu ade y tido...nanti tibe ade dgr bunyi PAP!!! y sangat kuat.mau nak tercabut juga lah nyawa..tetibe jadi segar. huhu. k.izzah tepuk lantai kuat sampai bunyi macam 2... thank 2 k.izzah kerna mendidik sy... and also i had learn 2 cook for others (sebab ade jadual masak.semua org wajib masak)..time 2 pair dgn org y sama species (meaning that sama2 berbakat sederhana dalam dunia masakan.faham2lah ye)... hehe. nak masaknasik je pun dah kalut... malu2.tapi semua 2 pengalaman. sebelum ni xpernah masakutk ramai2.time 2 tetibe kene masak utk lebih dr 10 2 yang jadi kalut 2... mase 2 juga belajar melazimi solat tahajud... bukan xpernah bangun tahajud tapi xkerap,bila berada dalam medan tarbiyyah dan bersama2 dgn org y juga ada tarbiyyah,diri jadi kuat nak bangun 2, tengok sahabat2 khusyuk dan menghayati solat malam mereka, ana jadi kagumdan berazam utk jadi seperti mereka... teringat 1 peristiwa.huhu. masa 2 qiam berjemaah dgn muslimin dan di imamkan oleh ust (xingat nama)... tahajud sahaja 8 rakaat.. biasa buat 2 je.pas2 bacaan surah juga panjang... ana rasa time 2 ana xdapat 8 rakaat.. sempat beberapa rakaat... sebab syaitan dok atas mata.(syaitan juga salah).huhu. tapi bacaan ustaz memang syahdu n menusuk kalbu...teringat2 time 2 saat bersujud di karpet surau annuriah.masih terbau2...semuanya kenangan..

kenangan y ana kira terakhir di bumi melaka.... ana kira terakhir sebab lepasni dah grad, dah xde nak ikut program bersahabat sahabat2 se PMI.. erm jaulah tarbawi sempena tahun akhir.. bermaksud kembara tarbiyyah.. memang tarbiyyah la ana rasa, sebelum start program lagi tarbiyyah y Allah caturkan utk kami (selected person only) telah bermula.bermakna bi awwal niat, tarbiyyah bermula walau diri belum berada di dalam program lagi... tentatif bermula sepatutnya selepas zuhur...pengarahannya adalah kami diwajibkan solat zuhur di surau annuriah. meaning that before pukul 1 dah ade disana... beberapa halangan menyebabkan kami tidak dapat sampai tepat pada waktunya..ana ringkaskan kepadabeberapa point:

1) pada hari kami sepatut bertolak ke melaka, ana dan sahabat2 serumah y laen masih lagi dalam proses2 terakhir berpindah rumah. walaupun ana katakan terakhir tapi masih banyak lagi barang2 y xsettle di pindahkan lagi. kami telah melakukan proses pemindahan barang ke rumah baru selama 3 hari berturut2. (cube bayangkan betapa banyaknya barang2 dirumah kami)huhu. namun alhmadulillah,dapat diselesaikan...atas bantuan lori cik din..tugasan jadi ringan tidak seperti beberapa hari sebelum ini.dimana kami terpaksa mengangkat segala macam barng y pelbagai saiz dan berat,,, mau patah riuk pinggang.. sampai ana cakap dgn housemate laen,lepas ni tobat xnakpindah rumah lagi walau apepun y terjadi..huhu... nekad gamaknya. sebab 2 lambat berkumpul kat tempat y sepatutnya nak bertolak 2...

2) dihari kami di jadualkan bertolak, faris y ditugaskan membawa salah sebuah kereta, mesej k.nisak bagitau xdapat hadir n secara automatiknya xde sapa nak bawa kereta...muslimat semua xpandai bawa kereta.walaupun lesen ade tapi hanya tersimpan kemas di dalam beg dompet.huhu.ana ofcourse la xde..sebarang lesen waiman lesen basikal...huhu.menggagaulah k.nisak mencari pemandu.nseb madi ade...settle masalah.

3)k.hanisah y sepatutnya turut berkumpul dan bergerak sekali bersama kami xmuncul2 selepas pergi ke fakulti sebentar utk menghantar tesis beliau. tibe2 dapat kol moto CCC k.nisah pancit.kat pak guard utama.dah la time 2 sesak sebab ade MAHA... solutionnya kami menghantar amirah azman utk menyelamatkkan kak.nisah. tunggu punya tunggu k.nisah xmuncul,mira pun xnampak batang hidung.bila kol mira,tengok2 hp die plak tertinggal.nak tak nak pok jak terpaksa g kat tempat k.nisah utk membawanya... dan si CCC di bwa pulang oleh firdaus dan farizul...settle masalah.

kereta ana (y dibawa madi) paling awal bergerak. tapi setakat petronas k10 jelah.sebab xtau jalan.adegan tunggu menunggu pun bermula... kereta razak n 2 motor (firdaus n farizul) n (k.nisak n munirah).perjalanan di teruskan.

4) semua slamat sampai di annuriah.alhamdulillah. taklimat programdi mulakan dgn abi sebagai pengurus program. oleh kerana nama program ni namanya "jaulah", maka konsepnya adalah kami y pergi ke tempat2 program y telah ditetapkan pada masa y telah di tetapkan. 1 cabaran bagi kami nak cari tempat di seluruh melaka ni memandangkan tiada seorang pun di antara kami y berasal dr mlaka dan familiar dgn jalan2 di melaka ni. tapi bagi ana y kaki jalan ni, ana xkisah kalu sesat..hehe.seronok tengok pemandangan ...lagipula bukan ana y bawa kenderaan... kecekapan madi membawa kereta memang xdinafikan.. sebab itu beliau di angkat sebagai ajk logistik dn tempat. dalam nilah nak aplikasikan wehdatul fikh n wehdatul amal, sorang sesat semua sesat...wala'pada ketua katekan.hehe. ayat madi y ana xbleh lupa "sesat paroh".(sebut dgn dialek klate)... hehe

5) dari annuriah kami diamanahkan utk sampai ke tempat program pertama tepat jam 9 malam. klau kami gagal sampai pada waktu tersebut maka kamidikira gagal dalam misi ini. tempat pertama:semabok. hanya itu klu y diberikan. dan petunjuk jalan y lurus xde belok2 (kate abi)...oleh kerana kami rasa jalannya mudah, maka kami xbertanya lebih lanjut atau lebih detail tentang tempat berkenaan. alamatnya kami benar2 sesat.hehe.hinggakan terpaksa berpusing2 berkali di melaka sentral. akhirnya pak cik teksi y kebetulan nak pergi ke muar membawa kami tempat tersebut.alhamdulillah mission accomplish..hehe.sampai sbelum masanya...

6) peristiwa y xdapat dilupakan pada hari pertama: kami menunggu sahabt2 kami y dijadualkan bertolak selepas asar iatu agak lewat dari kumpulan ana. k.husna,wani dan yasir. tunggu punya tunggu, akhirnya mereka sampai pada lebih kurang pukul 11 malam. dalam keadaan basah kuyup memandangkan mereka menaiki moto dan cuaca y xmenntu. maka bermulalah kisah sedih dan menyayat hati y mereka lalui sepanjang sampai ke tempat program y pertama di semabok. tarbiyyah mereka sudah bermula saat itu lagi.syabas sahabat2. huhu...

ketika dalam perjalanan motor yasir berada di hadapan dan motor wani di belakang.ketika sampai di 1 hentian ni, moto yasir hampir kehabisan minyak dan hentian itu tiada pun stesyen minyak.dan stesyen minyaky berdekatan adalh agak jauh dan mungkin minyak moto yasir xkan sempat sampai ke sana. jadi die ambil keputusan utk mintak minyak kat sape2 y ade kat hentian 2. dapat la 1 botol minyak. setelah titisan y terakhir minyk itu di tuang ke dalam tangki minyak yasir, k.husna xsempat nak menjerit bagitau tinggalkan sikit utk mereka sebab minyak moto mereka juga habes. huhu. last2 yasir y kene tolak moto wani manakala wani n k.husna naek moto yasir. kesian gak yasir. yasir berada di depan. die cakap setengah perjalanan 2 die rasa xsedap hati, tibe2 die toleh blakang tengok moto kesayangannya si AED 2 dah termasuk sebelah tayarnye kedalam longkang kecil di lebuh raya itu...huhu.. maka yasir pun bergegas menyelamatkan motonya y dikatekan pernah sampai sehingga ke gua musang.hebat2.ana kagum.hehe.maka perjalanan diteruskan juga sehingga ke stesyen minyak seterusnya...akhirnya selamatlah mereka sampai ke semabok. huhu..xpe k.husna,wani dan yasir.entum terpilih oleh Allah utk mendapat tarbiyyah jasadiyyah ini..tahniah!!

7) seterusnya nak citer ape lagi ek... erm program selamat dijalan2kan di merata2 di melaka.huhu.. seronok..antaranya jasin,bukit katil, dll..ade 1 lagi adegan.sewaktu nak mencari jalan ke jasin... kali ni kami tanya jalan betul2 kat abi.kawasan 2 dekat mana.signboard y dijumpai dan semuanyalah..sedetailnya...hehe.kami pun thiqohlah kat abi... erm perjalanan diteruskan.walau dah diberi peta,siap dgn berapa trafik light,berapa simpang dan petunjuk2 y laennya, kami tetap SESAT BARAT jugak..huhu.time 2 kami juga 1 signboard ni, y anak panahnya telah dipadamkan.. xtahu nak belok kiri ke kanan...huhu.smbil 2 kami ngumpat pulak abi.abi ampunkan kami..hehe. kami ingat abi y padamkan anakpanah 2...terer betul abi sampai bleh padam signboard... mungkin ni salah satu modul dalam program ni... (tapi sebenarnya abi xtahu pun pasal signboard y terpadalam 2...imaginasi kami..hehe)

8) setelah 4 hari berprogram merata melaka dan pelbagai tugasan telah disiapkan...alhamdulillah tiba masa utk pulang ke medan jihad sebenar di bumi UPM...kami tinggalkan melaka dgn seribu kenangan. disana kami menyemai ukhuwah...disana kami ditarbiyyah... insyAllah..ana xkan lupa itu semua.dimana visi dan misi hidup mula dicipta... perancangan hidup mula difikirkan..moga istiqamah dijalan dakwah ini... amin insyAllah....


Ahad, 2 Januari 2011

HIMPUNAN 1111 MAHASISWA

mahasiswa yang berjaya dikumpulkan

mahasiswa dari UNISEL

cop tangan ku juga ada di situ...huhu

che li and the gang




Bismillah walhamdulillah.....

InsyAllah entry kali ni berkenaan dan bersambungan dgn aktiviti xpdc gamis y ana post sebelum ini.....

sesampainya kami kembali dri xpdc dakwah di sepanjang jalan bukit bintang, kami bermalam di masjid as-syakirin. kami sampai kembali di masjid as-syakirin dalam lebih kurang pukul 3 pagi. setelah berjalan agak jauh dan mengalami penderaan mentel apabila melihat kerenah umat Muhammad di kota lumpur ini, ana terasa agak keletihan dan memfokuskan fikiran utk tidur sahaja sesampainya di masjid. namun sedikit tragedi berlaku apabila k.nisak tibe2 merebahkan dirinya xsemena2 sewaktu kami sedang berjalan beriringan. kaget juga ana. k.nisak hampir pengsan mungkin kerana keletihan berjalan agak jauh... walaupun letih k.nisak tetap bersemangat memimpin muslimat kumpulan kami sepanjanjang xpdc. syukran k.nisak atas pengorbanannya...=))

masjid as-syakirin dibanjiri mahasiswa2 dari seluruh malaysia y menyertai xpdc pada malam itu.malah kelihatan juga mad'u2 yang tiada tempat bermalam turut bermalam bersama kami di masjid itu. moga2 malam itu membari mereka hidayah terbaik dr Allah y mampu megubah pandangan mereka tentang kehidupan ini. InsyAllah... masjid agak padat dgn manusia ketika itu. dgn kemudahan tandas yang agak terhad agak menyukarkan kami pada waktu itu. pesanan kepada pentadbiran masjid as-syakirin utk mengambil perhatian akan hal ini. tapi mungkin pada pendapat mereka masjid itu jarang di imarahkan pada waktu2 kebiasaan hanya pada waktu2 dan event2 tertentu sahaja masjid ramai dgn manusia seperti pada malam itu.. wallu'alam. apepun ana bersyukur sebab masih ada tempat utk melelapkan mata barang sejam dua.alhamdulillah.. mengikut tentatif qiamulallail akan diadakan pada pukul 3 pagi. baru sahaja ana dan k.nisak mahu melelapkan mata, kedengaran zikir2 y di alunkan oleh imam, sangat2 menyentuh hati, namun masih merasa agak berat utk bangkit utk meyertai qiam.waduh2 ruginya rasa...mungkin ana terlalu melayan sangat rasa penat y xseberapa 2 kot... huhu. mata masih terpejam tapi hati dan telinga masih menangkap bait2 zikir taubat y di alunkan. seorang makcik mengejutkan kami sambil berkata, "bangun,bangun, ni datang nak qiam ke nak tidur"....huhu.ana terbangun tapi masih mamai. entah macammane kepala kembali berbaring tanpa memikirkan ape2...xsedar ape2...kemudian hampir kpd pukul 5 pagi, ana dan k.nisak bangun utk menyiapkan diri utk qiam disisa waktu y masih tertinggal...alhamdulillah sempat...

disaat ana bangun pada pagi itu, fikiran tetiba melayang teringatkan pemuda y kene heret sebab mabuk semalam... hati berdoa semoga Allah beri hidayah kat dia. tetibe terimagine, mane tau mase dia tengah mabuk 2,mak dia datang pakai telekung (macam dalam tv 2)... ajak die kembali ke jalan y benar...sape tau kan. semua pun boleh jadi. ana pun berdoa agar semua mad'u2 y ana jumpa pada malam tadi dilimpahkan hidayah dan merasai nikmat islam dan iman y kami rasai ni...amin.insYAllah...

kembali kepada tajuk entry kali ni, "HIMPUNAN 1111 MAHASISWA UTK MALAYSIA". selepas mempersiapkan diri, kami (muslimat UPM) berkumpul sebentar utk taklimat pergerakan ke tempat program di MPPJ (majlis perbandaran petaling jaya)... ana bergerak menaiki moto y dibawa oleh k.nur.. berkonvoi beramai2 sebanyak lebih kurang 7 buah moto. mantap muslimat UPM. ana perasan setiap kali program muslimat UPM lebih memilih utk berkonvoi menaiki moto berbanding kereta seperti muslimat kampus2 lain (ye ke??) ni pandangan ana lah. pandangan peribadi. huhu. xperlu di ambil kira...mungkin atas beberapa faktor. y utama ialah faktor kesesakkan di kota penuh lumpur ini y membuatkan moto lebih sesuai utk dibawa ke mana2 tambahan pula utk memastikan tidak mengambil masa y terlalu lama di atas jalan raya walhal jarak y sebenarnya adalah sekangkang kera tapi sebab jam jadi berejam pula...erm perjalanan agak jauh (bagi ana) lebih kurang 45 minit dr masjid as-syakirin..ana xtengok jam pun tapi rasa cam lama je dok atas moto 2..huhu.kesian k.nur mesti lagi penat bawa moto dr semalam...huhu..

sesampai di tempat program, mahasiswa y terkumpul masih belum mencecah angka 1111 lagi... mungkin mengalami sedikit masalah utk sampai ke tempat program. kami pun duduk menunggu y laen2.... kebetulan ana duduk di sebelah org india y mewakili PSM (parti solidariti malaysia). sempat menangkap beberapa perbualan antara dia dan wani aziz. rupa2nya PSM ini boleh di sertai oleh bangsa2 y laen xtertakluk pada india sahaja. PSM telah mewujudkan 1 gerakan iaitu gerakan menuntut pelajaran percuma (GMPP). gerakan ini bermaksud utk menuntut pelajaran percuma utk semua peringakat dr sek rendah sampai universiti.. wah ana sokong sangat2 gerakan ni. selaku pemimjam tegar PTPTipu..huhu.ana amat merasakan bebanannya apabila dah grad nati...pada penilaian ana y kurang mengkaji politik malaysia ni, huhu... ana rasa kerajaan mampu utk memberi pelajaran percuma kepada rakyat malaysia seluruhnya andai kerajaan tidak terlalu fokus kepada projek2 mega y xmembawa keuntungan kepada rakyat. kebanyakkan projek2 kerajaan y ana lihat adalah sekadar membazir duit rakyat semata2 utk kelihatan gah di mata dunia dgn pelbagai mercu tanda y menimbulkan kontroversi dan konspirasi... konspirasi illuminati.. (kalu dilihat dari struktur2 bangunannya)...apepun GMPP ana sokong!!!

aktiviti pagi 2 di mulakan dgn senam robik. ana y berbadan macam kayu ni (agak sukar utk membuat gaya2 tertentu 2) merasa agak terhibur...huhu.alhamdulillah keluar sikit lah peluh 2... semua mahasisiwi memberikan kerjasama turun ke padang walaupun berpakaian jubah,baju kurung dan niqob..huhu.seronok2... senam robik di ketuai oleh che li and the gang.. begitu bersemangat che li meng'lead' kami...

kemudian aktiviti diteruskan lagi dgn mewarnakan banner terpanjang (xingat berapa panjang) oleh mahasiswa dan mahasiswi....huhu... ana sempat meninggalkan cop tangan di banner tersebut...huhu...

kemudian aktiviti seterusnya ialah penyampaian pidato dri front2 aktivis dari semua persatuan antaranya saudara shazni munir (Parti solidariti mahasiswa..xpasti), saudara mohd faez (majlis politik nasional), saudara ahmad syazwan ( GAMIS), wakil dari DEMA, dan PSM dan KAMI..xlupa juga kak nazirah wakil SIGMA. pidato2 mereka begitu bersemangat menyatakan pendirian mereka dalam arena perjuangan menuntuk hak ini dan membakar semangat2 para aktivis utk terus kekal dalam perjuangan berdasar2kan matlamat perjuangan masing. mungkin kami berbeza pendirian dan pembawakan tapi kami punya 1 matlamat iaitu memerkakan malaysia dan menegakkan keadilan di bumi malaysia tercinta ini..

hasil daripada himpunan ini, beberapa deklarasi telah di sepakati... antaranya "MAHASISWA UNTUK RAKYAT,MAHASISWA UTK MAHASISWA DAN MAHASISWA UTK MALAYSIA".... deklarasi akan dibawa sepanjang perjuangan kami di arena ini...

alhamdulillah segala2 nya telah selesai dgn baik. ramai para aktivis y dapat turun padang pada hari itu.. ana xpasti angka 1111 itu dapat di capai atau tidak. laungan takbir dan Allahuakbar bergema di tengah padang y panas membahang itu... menyemarakkan semangat kami.... insyAllah moga perjuangan kami mendapat redhaNYA dan di beri kemudahan di sepanjang jalan ini...amin insyAllah.. akhir kata:


"HIDUP!HIDUP!HIDUP MAHASISWA"
"STUDENT!!!!!!!! POWER!!!!!!!!"
"TAKBIR! ALLAHUAKBAR!!!!!!


wallau'alam