Jumaat, 31 Disember 2010

XPDC dakwah GAMIS (1.1.2011)

Suasana sambutan di depan klcc



antara sebahagian mad'u y sudi mendengar

saudara ahmad syazwan memberi sedikit taujihad sebelum xpdc

rebat dan laungan kate2 taujihad
takbir!! Allahuakbar!!!

saudara syazwan (Presiden GAMIS) ditemual oleh pemberita

pembahagian kumpulan dan kelihatan mereka serius mmbincangkan strategi y bakal digunakan utk mendekati mad'u

sebahagian muslimat y turun padang




saudara ridhuan (pengerusi majlis dakwah dan kebajikan GAMIS) memberi sedikit tazkirah

Bismillah walhamdulillah....

assalamualaikum wbt...

pertama dan selamanya ana nak merafakkan setinggi2 kesyukuran kpd Allah swt... sebab masih diberi peluang utk kongsi pengalaman berharga semalam y baru shj ana lalui. berkobar2 nak tulis dalam blog ni...huhu..

maka semalam dgn izinNya berlangsung xpdc dakwah under GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia) di KLCC... byk pengalamna berharga y ana kire suatu perkara y baru buat diri analah.. walaupun sebelum ni pernah juga join xpdc dakwah di kampus upm tapi xsehebat macam di klcc semalam.. ni kali pertama ana sempat join.. tahun2 sebelum ni xsempat join..huhu.

perjalanan kami bermula selepas maghrib ke klcc. banyak jalan y ditutup semalam dan kelihatana polis trafiq dan FRU menanti di jalan2 utama. mungkin utk berjaga2 dgn sebarang kejadian y tidak diingini sempena tahun baru ni...kebanyakan warga kota lumpur ni juga sudah bersiap siaga utk menyambut tahun baru dgn pelbagai gaya dan ragam. kami tersesat juga sikit2 y menyebabkan kami lewat sampai ke masjid as-syakirin klcc. kota lumpur kelihatan sungguh sesak dgn kenderaan persendirian dan kenderaan awam malah xkurang juga sesak dgn para pejalan kaki. kami insan y kerdil dgn menaiki moto agak kaget menghadapi kesesakkan2 tersebut..huhu. tapi y bestnya ana suke tgk keindahan malam di langit luas...dgn chaya lampu berwarna-warni...masyaAllah..cantik2..berdebar2 juga utk menyertai xpdc kali ni..huhu.perjalanan diteruskan.

Akhirnya kami smpai di klcc pada pukul 9 lebih (malam), wawah.. ramai y teramat manusia pelbagai bangsa n peringkat usia y berkumpul di depan klcc. teruja sngat nak tengok bunga api gamaknya. y ana paling xbleh tahan, ade jual2 kat tepi jalan.. 2 ok lah lagi.biasalah jual2 kan... tapi 1 benda alah y depa dok jual ni, benda kelip2 y macam tanduk syaitan.cune antum imagine tanduk syaitan 2,siap kaler merah. org y dok pakai 2 rasa bangga je nak ana tengok die pakai. bangga ke serupa dgn syaitan.?? wallua'alam... mungkin sekadar nak berseronok tapi ana tak melihat perkara ni sekadar utk berseronok.. ana memikirkan tentang dakyah yahudi y semakin tersebar luas di kalangan rakyat malaysia, y islam khususnya,,,,

di sepanjang perjalanan kaki kami ke masjid assyakirin bnyk jual2lan di tepi jalan... huhu... bertempat di masjid assyakirin, diadakan 1 forum berkenaan tahun baru.tapi ana xsempat nak catit ape2 sebab dah lah sampai agak lewat, lalu kami bergegas utk solat isyak... seusai solat kami (ahli xpdc GAMIS) di arahkan berkumpul ditingkat 2 masjid. ana rasa bangga dan bersyukur kerana ramai ahli y dapat beri komitmen utk turun pada malam itu.. lebih 600 org. kami dibahagikan kepada 20 kumpulan. satu kumpulan mengandungi lebih kurang dalam 20 lebih ahli. campur muslimin muslimat utk tujuan keselamatan. kami diberi sedikit taklimat dan tazkirah berkenaan dgn uslub dakwah y boleh dilakukan pada malam itu oleh ust ridhuan (majlis dakwah gamis). antaranya:

1)membetulkan niat - utk berdakwah kerana Allah. supaya dipermudahkan urusan

2) mengekalkan berwudhuk - utk menyerlahkan wajah y bercahaya agar mad'u rasa sedang dgn kehadiran kira.

3) melazimi zikir Ya Latiff (Yang Maha Halus) - utk melembutkan hati para mad'u supaya mudah mendengar segala ape y kita sampaikan.

4) membaca surah al-Insyirah.

Ana, k.nisak dan k.nur, ditempatkan dalam 1 kumpulan bersama sahabat2 dari uia,ukm bangi dan k.l dan juga sahabt2 DQ (darul quran). kami di ketuai oleh muslimin dari ukm kesemuanya. terima kasih kepada k.nisak (selaku timbalan dalm kumpulan kami) dan ustaz waliyuddin bahza (ketua kumpulan kami) kerana telah bersusah payah menjaga kami...

maka xpdc dimulakan di sekitar kawasan klcc. sebelum itu ana sempat menyaksikan pertunjukan bunga api tepat pada jam 12 malam. ana berfikir sejenak apalah y dinanti2kan snagat dgn pertunjukan bunga api ni kan? dah serupa dgn bunyi bom masa perang ana rasa. tapi xtaulah mungkin pada mereka y merasa seronok mendengar bunyi itu adalah sebangai tanda bermulanya tahun baru dalam hidup mereka. wallu'alam... alangkah indahnya mereka sedar bahawa tahun kita umat islam bermula pada munculnya 1 muharram tahun hijrah. y mana banyak ibrah y boleh diambil melalui hijarah itu sendiri berbanding meraikan tahun baru masihi. 1 january, sampai bila agaknya kita mahu mengagungkan budaya barat ini??dahlah kita dijajah dari pelbagai segi... maka kita akan kalah dan kalah dgn permainan saraf y mereka mainkan tanpa kite sendari...melihat mereka y asyik dan seronok berpesta, ana merasa sedih dan terkilan,, ayuhai anak2 adam..umat2 nabi Muhammad,,, inikah gayanya kamu semua mmbalas pengorbanan Rasullah y disaat wafatnya baginda nama 'umati,umati,umati' y selalu menghiasi bibir baginda lantaran keriasauan y teramat sangat dgn umat y bakal ditinggalkan... inikan balasannya?? xmalukan kita nati nak berjumpa dgn Nabi Muhammad utk meminta syafaat baginda di padang masyar nati jika di saat ini sunah baginda sudah kita bakul smapahkan??? AllahuAkbar..

xpdc kami bermula di sekitar klcc, dgn edaran flyers berkenaan gejala sosial dan aurat.. berjalan lancar disekitar klcc,dan para mad'u berminat mendengar ape y kami smapaikan... perjalanan konvoi jalan kaki kami diteruskan menghala ke bukit bintang. disepanjang perjalanan itu ana dapat merasakan bermacam2 perasaan antaranya takut, terkejut dan perasaan2 xenak y laennya... bayangkan kami lalu kat kelab malam.kebetulan kawasan menghala kebukit bintang itu adalan kawasan kelam malam dan pub2... dgn alunan muzik y menyakitkan telinga dan dan kepala, ana terfikir depa semua y dok serabut dalam 2 xrasa pening dan sakit kepala ke dgr muzik macam 2.dgn lampu2 y ntah ape2.asap2 lagi.betul2 macam kat dlam tv 2.... ade 1 adegan y ana dpat lihat di sebuah kelab malam ni, seorang pemuda melayu diheret keluar oleh penjaga pub sebab dah xsedarkan diri..ni kire kategori mabuk tahap ape ana xtau lah...ana sedih tengok pemuda melayu jadi macam 2.hamba arak... dalam hati xputus2 beristigfar... moga Allah beri hidayah kat pemuda 2. dah diheret keluar, ditingglkan kat tepi jalan macam 2 je.mungkin xde sape peduli kot... sedih sangat2....

satu lagi adegan menarik di akhir xpdc dakwah kami sbelum berangakt kembali ke klcc pada pukul 3 pagi... kami berjumpa dgn sekumpulan anak2 muda y berada dalam lingkaran usia 13 hingga 18 tahun.... kami cube dekati, y kelakarnya mereka lari takut...huhu. kami panggil lah semula, "jangan takut dik,kami xbuat ape2..nak sembang2 ke"... mereka pun datang dekat... bayangkan mereka ni baru bersekolah dalam tingkatan 1 hingga 5 macam 2, tapi pada jam 3 pagi tu masih dok melepak dan berkeliaran di situ. bagi mereka itu bukan masalah besar utk tidur di tepi jalan. alasan mereka lrt dah tutup dan akan pulang selepas pukul 6 pagi apbila lrt dibuka.... terfikir diminda ana, mak ayah mereka ni xrisau ke kan... mereka ni selamba badak je keluar umah smapai 3 pagi.. bayangkan ni usia adik ana y bongsu 2, kalu ayah analah,mesti dah membebel... waduh2 anak2 warga kota.ana xsalahkan mereka seratus peratus,,,malah ana rasa senang utk berkenalan dgn mereka. mereka sudi utk mendengar ape y kami smapaikan. terutam sekali kat sepasang kapel umo 18 tahun y nk kawen xlama lagi. y perempuan ni free hair, pakaian macam remaja biasalah... antara perbualan y sempat dirakamkan:

"adik umo berapa?"
"18 kak"
"skg belajar kat mana"
"smbung belajar kat indon"
"oo..bagus2.belajar bidang ape nanti?"
die sambil tersengih dan menunjukkan jarinya kearah kami...
"maksud adik??"kami blur2 sebentar...
"macam akak2 semua"jawabnya..ana mula dapat menangkap jawapannya..
"jurusan agama?"tanya ana.die mengangguk."bagus dik, insyAllah mudah2han dapat buat y terbaik. kenapa pilih kos ni?mak suruh ke??"tanya kami..
"dua2.mak suruh n sy sendiri.sebab nak kawen xlama lagi.yelah xkan nak jadi macam ni sampai bile2?teringin gak nak jadi macam kakak2."perghh jawapan adek 2,begitu mengujakan kami..huhu.xsangka.tapi hidayah 2 kan milik Allah.
"alhamdulillah.insyAllah dik.. mane bakal suaminya?ade kat sini?"
"ada. tu..."sambil memanggil seorang anak muda y sebaya dgnnya.18 tahun. dan mengaku akan berkahwin dgn perempuan itu.maka bermulalah tazkirah bab kahwin oleh ustazah nur nazariah..a.k.a k.nur.panjang lebar tazkirah kak nur, dan diakhiri dgn mengajak mereka utk tidur di masjid.mula mereka menolak dgn alasan pakaian xsesuai.kami kate xpa,boleh... dan mereka pun mcam nak ikut lah...tapi kawan y laen y mula2 ade ramai 2, dan lari tinggal kapel dua org y nak dgr 2 je.jadi mereka terpaksa menolak dgn alasan nak cari kawan y hilang itu... midah2han hidayah Allah bersama2 mereka....

disepanjang perjalanan balik kami ditegur oleh pemuda2 y melepak di sepanjang jalan.ade y siap tidur tepi longkang lagi....pergh macam ni gaye sambut tahin baru mereka gamaknya... antara usikan mereka...

"Hidup muslimah!!!" satu jeritan dari dalam kereta di tengah jalan raya...
"astagfirullah" usik beberapa pemuda...
"jom2 balik sembahyang" kate seorang pemuda apabila kami menghapiri mereka...

dan banyak lagi kate2 berbaur sindirin.dan kami menerima dgn senyuman kerana mengamalkan 3 s dalam berdakwah. senyum, sapa, sentuh (utk sesama jantina).....


banyak lagi nak dikongsi utk program gamis minggu ni.tapi dah letih menulis.huhu.
kesimpulannya ana bersyukur jerana terpilih antara ratusan tentera2 Allah utk bersam2 memperjunagkan dan menegakkan agamaNYa pada malam itu.JAGA!JAGA!JAGA YAHUDI! (2X), TENTERA MUHAMMAD SUDAH DATANG (2 x).....

WALLUA'ALAM...








Sabtu, 25 Disember 2010

~~istikharohku~~

“Apabila seseorang di antara kamu mempunyai rencana untuk

mengerjakan sesuatu, hendaknya melakukan shalat sunah (Istikharah) dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ، وَأَن

عَلاَّمُ الْغُيُوْبِ. اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ -وَيُسَمَّى حَاجَتَهُ- خَيْرٌ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ -أَوْ قَالَ:

عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ- فَاقْدُرْهُ لِيْ وَيَسِّرْهُ لِيْ ثُمَّ بَارِكْ لِيْ فِيْهِ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ شَرٌّ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ

وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ -أَوْ قَالَ: عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ- فَاصْرِفْهُ عَنِّيْ وَاصْرِفْنِيْ عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِيْ بِهِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu. Aku mohon kepadaMu sesuatu dari anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Mahakuasa, sedang aku tidak kuasa, Engkau mengetahui,sedang aku tidak mengetahuinya dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, apabila Engkaumengetahui bahwa urusan ini (orang yang mempunyai hajat hendaknya menyebut persoalannya) lebih baik dalam agamaku, dan akibatnya terhadap diriku atau Nabi i bersabda: …di dunia atau akhirat sukseskanlah untuk ku,mudahkan jalannya, kemudian berilah berkah. Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini lebihberbahaya bagiku dalam agama, perekonomian dan akibatnya kepada diriku, maka singkirkan persoalan tersebut, dan jauhkan aku daripadanya, takdirkan kebaikan untuk ku di mana saja kebaikan itu berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku.”[1]

Copy from ustz hasrizal blog :


MEMBELAKANGKAN ILMU


Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?

Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.

Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.

Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:

“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”

Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.

Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.



ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH


Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.

Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.

Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

Berhentilah mencari mimpi.

Berhentilah menunggu petanda.

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.

Ia mungkin mainan Syaitan.

“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]

KESIMPULAN

  1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
  2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
  3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
  4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
  5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
  6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
  7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
  8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
  9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
  10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
  11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
  12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
  13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
  14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
  15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.
Renung2kan dan selamat beramal...

Jumaat, 24 Disember 2010

~KETIKA ANDA MARAH~~~

bismillah walhamdulillah...

huhuhu...

erm kali ni post ana adelah berkenaan macamne nak buat kalu saat ini kite sedang marah akan sesuatu.. bersumberkan cerita ketika cinta bertasbih, ade 1 babak ni tentang menahan marah dan bagaimana harus kite perbuat bila dimaki atau dicaci dgn xsemena2.....

babak ni time mak kepada furqan (bekas suami ana atthofunnisa' dulu)-buk malai datang ke rumah husna (adik azzam) utk memnyerang husna kerana menghasut elyana memutuskan pertunangan dgn furqan. tapi sebenarnya husna x menghasut elyana pun. elyana yang rasa xsesuai dgn furqan lantas memilih utk memutuskan pertunangannya itu. ketika itu buk malai terus terusan menuduh dan memaki husna dgn keterlaluan. husna pun agak hilang kesabaran lantas menjerit menghalau buk malai. (agak kurang ajar kalu berbuat begitu kepada org y lebih tua) tapi kalu ana pun mungkin xberapa sabar nak tahan cacian dan makian y tidak benar itu...

lantas permasalahan ini di ajukan kepada mas azzam. azzam menasihati husna tentang bab marah ini...sebaiknya apabila marah seseorang itu perlu bersikap diam y banyak. semakin kite rasa nak bercakap syaitan akan mengapi-apikan kite supaya mengatakan perkara2 y buruk dan menyakitkan hati org y marah tadi...

kemudian, kita xboleh membalas kata2 y kasar itu dgn kekasaran juga sebab nanti org itu xkan ada rasa utk meminta maaf dgn kita sebab hatinya y sakit itu bertambah sakit dgn balasan kekerasan kita tadi...

waduh2 payah nih nak jadi org y sabar saat dimaki... huhu. namun fikirkanlah akan ganjaran y lebih besar di akhirat sana... ok.. renung2kan dan selamat beramal..=))

Selasa, 21 Disember 2010

~HijRaH~~~

Bismillah walhamdulillah...

seperti tajuk di atas, walaupun sudah agak kelewatan utk mengepos tajuk berkenaan hijrah, ana tetap nak berkongsi sesuatu y berkenaan dgn hijrah ni.. (sebenarnya sebab baru lepas dengar cermah motivasi ust hasrizal di surau al-munir, tman equine semalam)..huhu. jd ana cedok sikit idea ust hasrizal utk perkongsian kali ni.......

ana pointkan beberapa isi penting antaranya :
Hijrah sebagaimana y kite tahu adalah bermaksud berpindah atau dalam konteks sekarang ni berubah. sebab org la ni dah beli rumah siap2 jarang y berpindah randah macam puak nomad 2... tapi tetap juga memberi maksud y sama. bilamana berlakunya hijrah kepada sesuatu kaum, tentu sahaja kaum itu akan berhijrah ketempat y lebih baik. jadiknya dalam konteks semasa hari ni, hijrah adalah mengubah diri kearah sesuatu y lebih baik...

persoalannya.. ape benda y nak di ubah pada diri kite ni??? benda y kite kene ubah dalam diri kite ni adalah sesuatu y ada dalam diri y menjadikan diri itu die (org tersebut)... hehe. pening sikit ayat die. menurut ust hasrizal ade 4 element penting utk di ubah dalam diri...

1) AKAL - soal ilmu
bermaksud cara kite berfikir kene ubah jadi lebih sihat. macamne 2?? contoh macam ni la, dalam sebuah keluarga ni ade 2 adek bradek y sgt akrab. along dan angah. suatu hari angah berlari pulang dgn gembiranya utk memberi tahu kepada ibu dan ayahnya serta k.longnya tentang tawaran blajar medik y diidam2kan selama ni... mak dan ayah nya gembira dan mengucapkan tahniah kepada si angah ni tadi. pas2 along ni pun gembira juga.. sambil mengucapkan tahniah.. along berkata ,"kesian angah.kene g sek lagi 6 tahun.kurang tidur la angah lepas ni.asyik dok depan buku 24jam je lah"....

itu y dikatakan along.sekarang kite nampak perbezaan pemikiran si along dan angh tadi.contoh org y berpotensi utk berjaya adalah seperti angah tadi, walaupun susah, tapi apabila die memikirkan tugas seorang doktor y mampu memberi perkhidmatan kepada org ramai serta mampu mmbanggakan hati kedua orang tuanya...die tetap teruskan cite2nya walaupun susah sebagaimana y dikatekan oleh kak long tadi. kak long adalah contoh pemikiran org y jarang boleh berjaya.banyak sangat xbolehnya berbanding boleh.kite adalah ape y kite fikirkan.

satu lagi contoh y dibawa oleh ust hasrizal ialah cerita pesawah padi dan seorang Datuk. 1 hari 2 Datuk telah melalui 1 kawasan sawah padi utk ketempat y ingin ditujunya.dalam perjalanan die terserempak dgn seorg pesawah. pesawah lihat die dan kereta mercedeznya manakala Datuk melihat pesawah tadi bersama2 beberapa ikan keli di tangan..

fikiran si pesawah: uiishh,, best giler kalu bleh jadi macam Datuk ni. keta besar.. xmacam ak... basikal ni je la y ak ade. ak xkan bahagia macam ni kalu ak xde keta macam datuk 2. tengok blakang sikit,,perggghhh bini cun giler 2... tengok bini ak.muka xpernak bersolek.asik pakai kain batik baju t-shirt,bau belacan plak 2.(padahal pesawah ni tadi y dok selalu suruhisteri die masak sambal belacan.)cube tengok ana die plak..sorang je??mesti senang nak bela.. anak ak??5 org berderet.kuat makan plak..... iskh ak xkan bahagia sampai bile2 ni kalu xkaya macam datuk ni.xde keta mercedez,xde bini lawa, xde anak sorang... sehingga tertanam di minda pesawah tadi sebegitu rupa.xkan bahagia selagi xkaya.

fikiran Datuk: isk ape kat tangna pesawah 2??mak oi ikan keli.. perghh mesti sedap kalu dibakar pas2 cicah sambal asam.. maka tebayang dimindanya suasana membakar ikan keli di tepi bendang di buai angin sepoi2 bahasa... alangkah bahagianya. cube tengok anak die.. si Datuk tadi mengira anak2 si pesawah y dok maen kat tengah bendang, 1..2..3..4...5... 5 org??mesti meriah rumah die ade anak2 ramai.xmcam ak... ana sorang,dah 2 pendiam plak 2... asyik maen psp jek..macam xde anak.. mesti ak akan bahagia kalu jadi macm pesawah ni... makan ramai2.. ak??asik makan sorang je.datin confirm sibuk dgn persatuan...

Last2 dua2 pon xbahagia.... ape y kite ade adalah y terbaik.ubah diri kita maka insyAllah keadaan sekeliling akan berubah lambat laun.bermula dari fikiran yang sihat.

2) HATI- soal iman

iman itu bukan sekadar tahu tapi perlu sehingga melahirkan mahu dan membentuk keyakinan dalam diri. kene hijrah iman kite ni. upgrade sikit ke level y lebih tinggi. rukun iman bukan sekadar hafalan di minta dan hafazan di bibir tapi keyakinan di hati...
-percaya kepada Allah
-percaya kepada Rasul
-percaya kepada malaikat
-percaya kepada kitab2
-percaya kepada hari kiamat
-percaya kepada qada' dan qadar

kite kene rasa diri kite ni istimewa... sebagaiman firman Allah "sesungguhnya telah Aku ciptakan manusia itu sebaik2 kejadian"

yakin ni xperlu kite nampak dulu baru kene yakin. sebagai contoh, org zaman jepun dulu.disiksa di bunuh di aniaya, mereka ditindas.... mereka merasakan mereka perlu ade 1 pegangan utk mereka terus bertahan iatu iman. apbila mereka percaya kepada syuga dan neraka. mereka yakin org y zalim macam tentera jepun tu Allah akan campak kat dalam neraka dan org y dianiaya akan masuk syurga.maka atas dasar keyakinan dan keimanan mereka terus bertahan. cube lihat anak2 kite zaman skg ni. dok merasa pegangan itu xpenting.mereka xperlu berpegang kepada ape2 kerana ape y mereka nak semua boleh dapat. nak ps 2,ting..dapat..nak beskal...dapat..semua lah. so whats the point nak beriman.xberiman pon dapat juga macam dalam syurga... sebab 2 Allah datang sedikit ujian kepada kita utk kita rasa berpegang...utk rasa pentingnya beriman....maka mereka y berjaya melepasi ujianNYA adalah orh y berjaya.

3) NAFSU

nafsu ni satu bentuk tenaga, nak buang xbleh... tapi boleh di ubah kepada bentuk2 y laen y berguna,,,,
1)Nafsu amarah- nafsu y xpernah terdetik nak buat baik.dok ceruk mana pon asyik fikir nak buat jahat je,,,,nafsu yang paling teruk..
2) nafsu lawwamah- nafsu y kejap buat baik kejap buat jahat... pas buat jahat tobat jap pas2 bauat jahat balik... iman y xkonsisten..
3) nafsu mulhamah _ nafsu y diilhamkan utk kebaikkan...
4)nafsu mutmainnah -nafsu y sejahtera...

pesan imam al-ghazali "Jgn jemu utk bertaubat kerana Allah xpernah jemu utk mengampun"

last sekali,
4) Tubuh badan..

akal yang sejahtera lahir dari badan yang sihat...


ok, renung2kan dan selamat beramal..........

Ahad, 19 Disember 2010

Salam'alaik...

bismillah walhamdulillah..

entry utk y kedua setelah sekian lama membuka blog ini.. bukan ana xberusah utk mengisi sesuatu di blog ini, tetapi asal tulis mesti xhabes last2 jadi lah draf.. tibe2 keputusan idea..hehe.

ok, sekarang insyAllah akan cube menghabiskan penulian ini walaupun mengarut sikit..

sekadar perkongsian hidup seharian..

sekarang, waktu ini,detik ini,ketika dan saat ini ana masih lagi emnjadi penghuni setia bumi UPM tercinta.. lantaran tuntutan final year projek y kadang2 menghilangkan segala rasional di minda dan mematikan segala rasa rindu di jiwa buat family di kampung halaman... huhu. (tipu je ni.hiperbola cikit) AllahuRabbi, ayat 2 y selalu ana keluarkan bila fikir pasal projek. sebelum memulakan projek ana agak rasa gementar utk memulakannya... wawa takut salah,takut xjadi,taku itu dan takut ini... hehe. alhamdulillah setelah beberapa hari ana bertapa di lab(walaupun main suka hati je buat) ana berjaya mendapatkan view tentang projek ana ni dan step2 y perlu diambil setelah itu.. (walaupun kemungkinan besar kene repeat.diri masih relak lagi sambil menaip blog dgn rasa malas y masih berbaki utk istiqamah pergi ke lab)..huhu..
setiap perjalanan ade masalah yang tersendiri... banyak gak masalah y timbul dalam projek ana ni.paling utama xde standard utk LC-MS. kat mana nak cari?? kalu nak beli mau beratus atau beribu harganya. nilah kelemahan ana.xpandai deal dgn masalah.mudah terduduk.pas2 blur.pas2 malas nak layan.pas2 masalah melarat akhirnya diri sendiri y susah..huhu. ape nak jadi ni Masaziah!!!. enti da hampir 4 tahun berada di bumi upm ni... xkan nak jadi macam budak sek lagi...semua nak di suruh.. semua nak kena diajar.... wawawa..

Ana memang manusia y lemah.. maaf bukan lemah, tapi sangat lemah... rasa macam selalu xberdaya nak buat ape2... oh alangkah ceteknya pemikiran ku ini.. erm banyak dah sahabat2 beri kekuatan... nasihat y xputus2... namun diri ini masih lagi tercari2 turning point y tepat dalam diri y lemah ini... insyAllah ana yakin semua org layak utk berjaya.prinsip ana kejayaan tidak di ukur dgn CGPA y baik (walaupun ianya salah satu KPI jg) tapi ape y lebih utama sejauh mana usaha kita menuju kearah itu....

Ana selalu mendambakan kebahagiaan. pada ana kebahagiaan itu adalah bila mana ana merasa cukup dgn ape y Allah kurniaakn.hati ana tidak mengharap n meminta terlalu banyak... bahagia itu ada dalam diri...kesannya maknawi.xterlihat dek pandangan kasar. walau kita lihat tubuh zahirnya terluka,,tapi sebenarnya hatinya bahagia menerima dugaan dr Allah. ana nak jadi macam 2. ana xnak mengeluh dgn masalah y datang. ana nak rasa bahagia dgn masalah itu... semakin banyak masalah semakin dekat dgn Allah. tapi ini tidal bermakna bila xde masalah rasa jauh dr Allah... sebaliknya rasa bahagia juga sebab hidup y aman... bilakah mungkin ini akan berlaku dalam hatimu masaziah... Ya Allah lembut dan lunakkan hati ini ya Allah utk sentiasa dekat dgnMU.... walau seberat mana ujianMU ya Allah, hadirkan rasa bersyukur di jiwaku... amin ya rob..

ana rasa setakat ni dulu entry kali ni, insyAllah dimasa akan datang akan disambung....................
wallahu'alam